Halaman

Selasa, 14 Mei 2013

Doa Ringkas Selepas Solat



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Ucapan Alu-aluan Dinner Tamhidi 2011/2012


Terjumpa teks ucapan sewaktu diminta untuk memberi ucapan mewakili semua pelajar Tamhidi 2011/2012... =) 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sirih dari Pulau Mutiara,
Sirih junjung warisan bangsa,
Lafaz basmalah pemanis kata,
Ucapan salam pembuka bicara,
Assalamualaikum w.b.t..

Saya dari tutor lapan
Tutor lapan kts dua
Diminta untuk bagi ucapan
Ucapan mewakili tamhidi semua

Alhamdulillahirabbil ‘alamin…………..

Yang berbahagia,
Dr Nurlida Basir, Pengarah Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia,
Profesor Jailani Sukaimi, Dekan Fakulti Sains & Teknologi
Dr. Che Wan Zanariah
Yang Berusaha,
Pn Alifah bt. Hj Hamid, Penyelaras Program Perakaunan merangkap Pengarah Program Malam Sekalung Budi & Anugerah Pengarah Pusat Tamhidi
Dr. Salma Mat Radzi
Ustaz Sanusi bin Shariff (Penyelaras Program Syariah & undang-undang)
Yang Berusaha,
Dif-dif Kehormat.
Barisan kakitangan Universiti
Kakitangan akademik Tamhidi
Siswa-siswi, sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam ini, selawat & salam atas junjungan mulia Rasulillah SAW & kpd ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, dan muslimin  muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Bersyukur kita kpd Allah S.W.T kerana kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat yang berharga dan tidak terkira bilangannya.

Pada malam ini, berdirinya saya di sini, mewakili semua mahasiswa tamhidi untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pentadbiran pusat tamhidi & pensyarah-pensyarah kerana menyediakan prasarana & medium pembelajaran yang terbaik buat kami, mahasiswa tamhidi. Kami tidak akan lupa jasa-jasa pensyarah yang sanggup bersusah payah dalam mengajar kami dan melayan 1001 kerenah kami selama 2 semester ini. Antara kerenah-kerenah mahasiswa tamhidi, selalu berjumpa atau menghubungi pensyarah untuk menukar masa kuliah atau tutorial. Sebab apa? Jawapan ada pada sahabat-sahabat sekalian.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Kesempatan yang ada ini juga, kami, mahasiswa tamhidi ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh 2 semester berada di alam pengajian Tamhidi ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Andai kata ada tersalah kata tersilap laku, harap dimaafkan. Segala teguran dan nasihat dari Dr. Nurlida dan pensyarah-pensyarah pasti akan kami sematkan di dada. Di sini kami ingin memohon restu dan doa Dr. Nurlida dan pensyarah-pensyarah agar mendoakan kami supaya dapat mengharungi cabaran, mehnah & tribulasi pada masa hadapan. Kami masih lagi panjang dalam mencoret corak perjalanan kehidupan kami.

Warga usim yang dirahmati Allah sekalian,

Kami, mahasiswa tamhidi mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah kerana menempatkan kami di satu kampus yang cukup hebat dan berlainan daripada kampus-kampus yang lain. Dengan suasananya, subjek pembelajarannya, dan yang  paling kami tidak lupa, saat-saat kita meluangkan masa bersama-sama.

Sahabat-sahabat Tamhidi, kita merupakan insan yang terpilih kerana dapat memasuki ke Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia. Memasuki Tamhidi usim bukannya perkara yang mudah. Antara syarat utama nak memasuki tamhidi, sahabat-sahabat kena mengambil matapelajaran bahasa arab tinggi dalam peperiksaan SPM.
Bagi saya, mereka yang mengambil bahasa arab yang merupakan bahasa syurga, mereka mempunyai ciri-ciri islamik dan hebat sahsiahnya. Dihadapan saya ini barisan imam-imam muda dan ustazah-ustazah pilihan semuanya. Jadi, diluar sana, tunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Tunjukkan yang produk yang dikeluarkan oleh Tamhidi Usim merupakan yang terbaik.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi,

Ambillah mutiara-mutiara ilmu yang diberikan & disampaikan oleh pensyarah-pensyarah kamu. Ia bukan sesuatu yang boleh dijumpai dan dikutip di tepi jalan. Gunakan mutiara-mutiara ini sebagai panduan untuk mencorak masa hadapan sahabat sekalian.

Selepas ini, masing-masing menuju ke bidang & kepakaran masing-masing. Pelajar perubatan & pergigian berada di pandan indah. Pelajar Syariah, perakaunan dan Sains teknologi ke fakulti masing-masing. Mungkin sukar untuk kita berjumpa lagi pada masa hadapan kerana sahabat-sahabat sibuk mencorak masa depan masing-masing. Namun jangan lupakan kami, ingatlah kenangan-kenangan manis ketika berada bersama ahli tutorial kamu, bersama kawan sekuliah kamu dan kawan yang pernah satu tamhidi dengan kamu.

Akhir kalam, saya ingin mengakhiri ucapan saya pada malam ini dengan satu kata-kata yang dinukilkan oleh sahabat saya dalam bahasa inggeris dan 2 buah pantun dua kerat.

Friendship is like a puzzle
Each friend u have is a piece
Some are on border, some close to the centre
Each bring out a piece in us
That make us who we are
Who we are?
We are Tamhidians

 Sudah tamat sesi tamhidi
Ada jodoh kita jumpa lagi

gerak dipakai suasa dibela,
gerak dah sampai, masa dah tiba,

Akhir kalam, sekian.
Wabillahitaufiqwalhidayah,
wassalamualaikum wbt


MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN MAZLAN
PRESIDEN TAMHIDI 2011/2012


Ikrar pada minggu Orientasi





Tutorial 8





KTS 2





Ucapan Terakhir daripada Presiden Tamhidi 2011/2012






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...