Halaman

Selasa, 12 Jun 2012

Keadaan di Mynmar semakin meruncing

A man walks though a burnt Rohingya village during fighting between Buddhist Rakhine and Muslim Rohingya communities in Sittwe June 10, 2012


                Dari maklumat yang diterima, ramai umat Islam Rohingya  yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

                Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini. Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan   mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

                Lebih memeranjatkan , pihak keselamatan, polis dan tentera  dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk   namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

                Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan  namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

                Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

                Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

                Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.   Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.  Tambah memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran agamanya.

                Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi, Thailand dan Malaysia. Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan konsep persauadaraan sesama muslim.



Terkini :

Keadaan di Mynmar semakin meruncing. Rakhine Buddha menyerang lebih 20 buah kampung orang Islam Rohingya. Seluruh kampung dibakar, 3 buah masjid dibakar, 500 - 700 orang dibunuh dan ada yang dibakar hidup - hidup.

Semua umat Islam digesa bertindak apa yang termampu, mendesak suaya kerajaan Malaysia mainkan peranannya diperinkat antarabangsa, berdoa untuk selamatkan muslim Rohingya. Hentikan kezaliman ini !

Insyaallah 15 Jun 2012, MAPIM akan menyerahkan memo bantahan kepada Kedutaan Mynmar di Kuala Lmpur selepas solat Jumaat.

17 Jun 2012 : Jam 10 am : Himpunan Solidariti dengan 5 ribu Rohingya di Masjid Negara.

Jumaat, 8 Jun 2012

Himpunan Selamatkan SYRIA


Ayuh Bersoladiriti!!!
Himpunan Selamatkan Syria | 8 JUN 2012 (selepas solat jumaat)
Berkumpul di hadapan masjid Tabung Haji, berarak ke Kedutaan Syria

Sama-sama menyatakan kebersamaan kita dengan Syria!!!

Saya menyokong seratus peratus tindakan memperjuangkan Syria! Ini kerana kekejaman Bashar Al-Asad laknatullah dalam memerintah Syria. Terlalu ramai manusia yang terkorban, isteri yang kehilangan suami, anak yang kehilangan ayah, ibu bapa yang kehilangan anak. Hanya manusia yang berhati kering mampu melihat saja dan tak mampu melahirkan walau sekelumit rasa benci kepada Bashar Al-Asad. 

Saya sertakan di sini beberapa Rujukan Utama yang Insyaallah boleh dipercayai:


1) Islammemo.cc
2) Facebook Bahagian Umum Ulama' Islam di Syria
3) Facebook Ikatan Ulama' Syria
4) Web rasmi Kesatuan Ulama' Islam Sedunia
5) Page Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Saya juga pernah mem'publish'kan di blog ni tentang siapakah Bashar Al-Asad sebenarnya, apa hubungan Rejim Syria dengan Iran, Israel dan apa yang berlaku di Syria sebelum ini. Sahabat-sahabat boleh rujuk kepada link di sini.

Rabu, 6 Jun 2012

Softskill Penting ~Berbahasa dalam Telefon~



              Menggunakan telefon a.k.a handphone sudah menjadi keperluan dalam kehidupan masyarakat kita masa kini. Kita menggunakan telefon untuk menghubungi seseorang, bertanya khabar, mendapat keterangan lanjut berkenaan sesuatu, menyampaikan pesan, memohon pertolongan, mendapatkan keterangan, memberi arahan dan banyak sebab lagi.

               Ada di antara remaja yang gugup dan agak tidak selesa apabila bercakap di telefon terutamanya apabila terpaksa menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris atau bahasa arab (kalau ada la.. hehe). Ada pula remaja yang berasa kekok apabila berbual di telefon. Kebimbangan adalah pada peringkat permulaan sahaja. Kebimbangan dan kegugupan yang dimiliki sekarang perlu dihapuskan bagi membina budaya cemerlang dan keselesaan semasa berkomunikasi dalam kehidupan.



               Apa yang perlu dibuat adalah dengan mengubah kebiasaan lama kepada amalan baru yang bermula dengan kemahiran berbahasa yang biasa tetapi ditambah sedikit dengan kelembutan dan kesopanan berbahasa. Etika dan adab berbual di telefon perlu dikuasai oleh setiap remaja, kerana dunia komunikasi akan datang lebih banyak melibatkan penggunaan alat komunikasi canggih yang melibatkan telefon.

1) Etika pertama yang perlu diamalkan semasa berbicara di telefon walau dengan sesiapa pun kita berbicara adalah kesopanan dan kelembutan daripada segi pilihan perkataan, nada suara dan susunan ayat yang ringkas, padat, jelas dan mudah difahami.

2) Etika kedua, bercakaplah dengan sebutan yang jelas, tenang dan teratur. Ini kerana kita tidak boleh bergantung pada cara, gaya atau aksi fizikal, seperti mimik muka dan gerak tangan untuk membantu penjelasan maksud percakapan kita, sebagaimana semasa kita berbual dalam keadaan bersua muka atau berjumpa. Untuk membolehkan kita berbuat demikian adalah digalakkan anda mendapat tempat duduk yang selesa semasa mahu membuat panggilan dan semasa menerima panggilan. Keadaan duduk yang selesa memudahkan kita membina ketenteraman perasaan, saraf dan menghilangkan "nervous".

3) Etika ketiga, kita perlu bercakap sejelas-jelasnya perkara yang hendak disampaikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah pengertian. Percakapan yang jelas boleh dibina dengan cara, kita tidak bercakap terlalu laju. Perbualan yang perlahan memudahkan pendengaran dan pentafsiran tanpa perlu membuat pengulangan berkali-kali. Digalakkan juga supaya diulang dua atau tiga kali mesej penting yang ingin disampaikan agar dapat difahami oleh pendengar.

4) Etika keempat, kita perlu juga mendengar dengan teliti serta cuba memahami secepat mungkin apa yang diperkatakan atau yang diarahkan. Dengan perkataan lain kalau anda sebagai pemanggil adalah baik mengucapkan ucapan selamat sebagai permulaan perbualan. Kemudian memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan dan hasrat anda membuat panggilan. Jangan membiarkan penerima panggilan meneka-neka maksud atau tujuan panggilan anda. Apabila anda ingin bercakap dengan orang-orang tertentu, maka tanyalah terus nama orang berkenaan.


Apabila anda memanggil kawan atau sahabat anda di rumah, anda boleh menyatakan begini, 


"Hello, selamat petang, saya Azmi dari Kelang, boleh saya bercakap dengan Rohaya sekejap?" 



                Tetapi jika anda menghubungi seseorang di sesebuah syarikat besar atau jabatan kerajaan, anda perlu meminta nama jabatan atau bahagian di mana orang itu ditugaskan terlebih dahulu. Kemudian apabila anda telah dihubungkan dengan orang di jabatan berkenaan, maka barulah anda bertanyakan nama orang yang ingin dihubungi. Perlu diperhatikan semua institusi perdagangan akan menjawab panggilan anda dengan mereka menyatakan nama syarikat dan diikuti dengan pertanyaan, 

"Boleh kami bantu encik?"

atau dengan bertanya, 

"Bagaimana kami boleh membantu saudara/saudari?"

                 Apabila anda membuat panggilan ke rumah dan ada orang yang menjawab dengan jawapan "Hello!" diikuti dengan pertanyaan untuk mengesahkan rumah kediaman yang dikehendaki, seperti soalan, "Ini rumah Tuan Pegawai Daerah." Ada pula yang akan menjawab dengan menyebut, "Saya Aman di sini" atau "Encik Aman bercakap."

Beberapa peraturan umum yang digunakan dalam perbualan di telefon seperti:

1. Menggunakan perkataan "Boleh saya bercakap dengan...", "Ini ibunya membuat panggilan ..." atau "Saya bercadang untuk bercakap dengan Encik Azmi."

2. Perbualan seperti "Cik Rohaya ada" atau "Cik Rohaya di sini ..." adalah perbualan berbentuk tidak formal.

Antara cadangan permulaan ayat,

"Assalamualaikum, saya wakil dari sekolah/syarikat/NGO............., boleh saya bercakap dengan En./Cik/Tuan/Puan/YB..........."

"Maaf menganggu, ni pejabat Pengarah/YB ................ ke? Pengarah/YB ada di pejabat ke sekarang? boleh saya bercakap dengan Pengarah/YB ............?"

Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam berurusan atau berbahasa dalam telefon... (n_n)

Rabu, 16 Mei 2012

~Hormati dan sayangi guru~



Rabiul Awwal muncul bersama catatan perjalanan sejarah silam yang indah pabila mengimbas kembali bulan di mana telah lahirnya bayi bertuah pada Tahun Gajah oleh seorang ibu yang tabah bernama Siti Aminah setelah kematian suami tersayang namanya Abdullah. Muhammad itulah nama pilihan bagi bayi mulia ini yang dibangkit menjadi nabi lagi rasul akhir zaman bagi mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan penindasan kepada cahaya iman dan keadilan Islam. Lahirnya dicelah Empayar Rom dan Parsi yang bertakhta bersempadan dengan Semenanjung Tanah Arab yang merupakan kuasa yang kuat dengan tamadun material yang mewah disamping kegemilangan Empayar China dan India di sebelah timur dengan kuasanya yang gagah bukan sebagai pemusnah kepada tamadun yang dibina tetapi untuk meniupkan ruh kemanusiaan dan keimanan dalam meninggikan lagi tamadun material yang sedia ada bagi menjamin kebahagiaan dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Tugasnya yang berat  mampu ditunaikan penuh gemilang demi merealisasikan kebahagian seluruh umat manusia di alam jagat ini yang melampaui batas bangsa, bahasa, budaya, negara dan warna kulitnya. 

          Baginda memainkan peranan bukan sahaja sebagai pendakwah tetapi turut merangkumi tugas sebagai pemimpin negara yang unggul dan juga sebagai guru yang mendapat tarbiah terus daripada Allah Yang Maha Agong. Cara dan proses pengajaran serta pentarbiahan yang telah dijalankan oleh baginda mesti diteruskan oleh generasi selepasnya termasuk kita dalam memastikan kejahilan terungkai dan keadilan termeterai. 

       Suasana pembelajaran dan pentarbiahan mesti dikemaskini sentiasa agar generasi yang dilahirkan mampu menjadi umat contoh. Peranan yang dimainkan oleh para guru begitu besar melebihi peranan yang dimainkan oleh pembina bangunan yang tinggi kerana runtuhnya sesebuah bangunan memang merugikan material dan membahayakan nyawa tetapi rosaknya seorang manusia bukan sahaja membahayakannya dirinya malah turut menjejaskan kesejahteraan negara. 

       Oleh itu hormatilah guru sebagaimana kata Sayyidina Ali bin Abi Tholib bahawa jika seseorang itu telah mengajarku tentang huruf alif bagi membezakannya dengan perkara yang lain maka aku akan memberikan kepadanya apa sahaja daripada barangan berharga sebagai tanda terima kasih. Bayangkanlah pengorbanan para guru kita di mana mereka bukan sahaja telah mengajar kita tentang huruf alif tetapi banyak lagi ilmu yang berguna yang lain. Maka apakah yang telah kita curahkan kepada mereka bagi menunjukkan terima kasih kita terhadap mereka.Memang mereka tidak pernah meminta agar jasa mereka dibalas tetapi impian mereka adalah begitu tinggi iaitu untuk melihat anak didik mereka mampu lahir sebagai warganegara yang soleh dengan akhlak yang murni bagi berkhidmat untuk negara pertiwi.




          Benarlah kata-kata bahawa ADAB itu mengatasi ILMU yang ada. Seseorang itu dihormati dan disayangi bukan semata-mata kerana ilmunya yang tinggi tetapi mesti disertai dengan pengamalan terhadap ilmu di dada sehingga zahirnya akhlak yang mulia sebagai contoh kepada masyarakat di sekelilingnya. Apa gunanya ilmu yang banyak jika akhlaknya rosak sehingga tidak mampu diikuti oleh orang lain. Jangan memperlekeh guru kita walau pun pengetahuan kita agak lebih dalam sesuatu perkara. Jangan membangkang guru pada had yang melampaui batas walau pun pendapat kita berbeza bagi menjaga adab sebagai pelajar yang beradab.

          Ingatlah bagaimana hormatnya Imam syafie terhadap gurunya Imam Malik sehingga ketika menziarahi maqam gurunya itu Imam Syafie walau pun berijtihad bahawa membaca doa qunut solat Subuh merupakan sunat ab'adh iaitu jika ditinggalkan maka disunat sujud sahwi tetapi ketika bersembahyang subuh di sisi maqam gurunya itu, beliau tidak membaca doa qunut sebagai menghormati ijtihad Imam Malik bahawa tidak disunatkan membaca doa qunut semasa solat Subuh.Walau pun gurunya telah meninggal tetapi penghormatan tetap diberikan. Bagaimana pula dengan kita adakah kita terus menghormati guru kita walau pun telah lama meninggalkan alam sekolah malah ramai kalangan kita telah pun berkerja. Adakah penghormatan kita tetap berikan kepada para guru walau pun mereka telah pun bersara malah ramai yang telah kembali menyahut panggilan Ilahi. Kenalkah kita pusara tempat guru yang telah meninggal dunia itu kini sedang bersemadi.



            Sayangi guru, hormati guru dan doakan kesejahteraan mereka. Wahai guruku ampuni segala kesalahanku sepanjang aku mencedok ilmu daripadamu. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang dihulurkan kepadaku selama ini. Ku doakan guru bahagia di bawah payung rahmat dan kasih Rabbul 'Izzati....

 ~SELAMAT HARI GURU~


Khamis, 10 Mei 2012

Kehidupan Seharian Mahasiswa Tamhidi

                  Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi di atas limpah dan kurnia-Nya, kita masih mampu menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar. Tahniah ana ucapkan kepada sahabat-sahabat yang terpilih untuk memasuki Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia. Tamhidi merupakan perkataan bahasa arab yang dimelayukan yang bermaksud "PERSEDIAAN". Maksud yang sama dengan asasi di universiti yang lain cuma yang lainnya, USIM mewajibkan pelajar Tamhidi untuk mengambil subjek bahasa arab.


Di sini ana cuba membawa gambaran perjalanan hidup korang semasa di Tamhidi USIM. Biasanya tempat tinggal korang di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) di Nilai Impian berdekatan Nilai 3.


5.15 am                 : Bangun Tidur


                                : bersiap untuk solat subuh berjemaah 

 @


                                : Qiamullail (bagi mereka yang berkeinginan)


6.00 am                : Solat Subuh berjemaah(di surau)


                                : Bacaan Al-Mathurat    


6.40 am                : Kendiri, bersiap untuk ke Kampus


7.30 am                : Tunggu bas untuk ke kampus (perjalanan dalam 20-30 minit)


                                : Sampai di kampus, sarapan di kafe


8.30 am                : Kelas tutorial dan kuliah bermula (depend on jadual korang)


1.30 pm                : Rehat, Solat Zohor.


                                : Makan Tengah hari


2.30 pm                : Sambung pengajian kuliah dan tutorial


5.30 pm                : Balik KKNC, tunggu bas


7.30 pm                : Solat Maghrib berjemaah


                                : Tazkirah @ ceramah @ pengajian kitab @ tayangan video


8.30 pm                : Solat Isya' berjemaah


                                : bacaan Al-Mulk


9.15 pm                : bersurai dari surau


                                : Study @ studygroup @ discussion


11.30 pm              : Kembara maya @ tidur




p/s: Tentatif ni untuk perjalanan harian yang biasa, tak sama dengan tentatif minggu orientasi
       : pada minggu pertama, hanya ada kuliah sahaja, tutorial tak de lagi..
       : Jarak antara KKNC(Kolej Kediaman Nilam Court) dan Kampus USIM ~ 11 km
       : tentatif ni lebih merujuk/sesuai kepada situasi muslimin/lelaki


IMPORTANT BUT NOT URGENT!!!
-bagi pelajar Tamhidi Perubatan, Pergigian, Sains dan teknologi, untung ler bagi sape-sape yang dapat belajar fizik dengan SIR ARHO (Abdul Rahim Hj Omar)... memang BEST sangat dapat belajar dengan dia..(n_n).. tapi pensyarah-pensyarah lain pun tak kurang hebatnya.. ~peace no war~




Video promote tamhidi



p/ssss: Sir Arho pada minit 4.02..
miss afzan (BI) dan miss faeza (Math) pada minit 4.27




Tutorial






~USIM~
~SIMPLY INSPIRING~


untuk maklumat lanjut tentang Tamhidi, boleh buka website Tamhidi


~http://tamhidi.usim.edu.my/

Jumaat, 4 Mei 2012

We are One Big Family

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh wa ridhwan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam ini, selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulillah SAW. 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

           Apabila penulis sedang mendengar lagu baru maher zain, penulis rasa tertarik & tersentuh dengan salah satu lagu Maher zain yang bertajuk " One Big Family" dalam album "Forgive Me". Bukan bermakna lagu-lagu yang lain tak best dan tak menarik bagi penulis, yang lain best juga macam lagu "Number One For Me" and "My Little Girl" tetapi lagu "One Big Family" mempunyai maksud yang cukup mendalam dan sesuai dengan situasi ummat Islam zaman ini bermula dengan ayat pertama pada rangkap pertama 

"I wonder why you and me fight each other" 

yang bermaksud 

"Saya tertanya-tanya kenapa kamu dan saya bergaduh/berlawan antara satu sama lain". 

Membuatkan penulis terfikir tentang keadaan ummat Islam pada masa sekarang, ummat Islam bergaduh antara satu sama lain menyebabkan perpecahan antara Ummat Islam sendiri. Padahal merujuk kepada ajaran islam sendiri, Islam menyuruh kita, ummat Islam, menjalinkan hubungan silaturrahim dan berbaik sesama kita. Kita merupakan ADIK BERADIK!!!

Seperti firman Allah


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)



Sabda Nabi dalam Sunan At Tirmidzi :

قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
* رواه سنن الترمذي

Nabi bersabda: Orang Iman terhadap Orang Iman yang lain Sebagai mana bangunan yang saling memperkuat antara satu dengan yang lainnya. [HR. Sunan At Tirmidzi]”


~sama-sama kita hayati maksud yang cuba disampaikan oleh Maher zain~




Maher Zain – One Big Family Lyrics

I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny


Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance


Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance


Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family



Selasa, 27 Mac 2012

KISAH TIGA BUDAK HITAM...

Tersebutlah kisah tiga budak hitam yang sedang mencari ikan....
Apabila mereka mendapat banyak ikan, mereka mengumpulkanya pada satu tempat dan berehat dan terus tertidur....
Apabila terjaga mereka dapati seseorang sedang dengan lahapnya memakan ikan-ikan mereka....lantas mereka pun naik marah dan menangkap orang tersebut....
Rupa-rupanya "orang" yang ditangkap itu ialah syaitan yang kelaparan...
Maka terketar-ketarlah syaitan itu minta tidak di bunuh dan berjanji untuk memberikan apa saja yang diminta oleh ketiga-tiga budak hitam itu...seorang satu permintaan...tapi dengan syarat, permintaan yang sama hanya boleh ditunai dua kali sahaja...

Maka budak hitam pertama pun meminta.." Aku mau putih dan lawa" Maka dengan sekelip mata..dengan izin Allah budak hitam itu bertukar putih dan lawa...
Kata pula budak hitam kedua.." Aku pun nak jadi putih dan lawa jugak"..Sekali lagi permintaan itu ditunaikan dan budak hitam itu bertukar menjadi putih dan lawa...Seronoknya mereka...

Budak hitam yang ketiga begitu gembira dengan perubahan kawan-kawanya lalu meminta " Aku pun nak lawa dan putih juga ", .." mana boleh" kata setan sebab permintaan yang sama hanya boleh diditunaikan dua kali sahaja. Mintalah benda lain kerana menjadi putih dan lawa telah ditunaikan dua kali"

Maka marahlah budak hitam ketiga ini kerana tidak boleh menjadi putih dan lawa. Lalu selepas berfikir sejenak dia pun meminta kepada setan " Hai setan, kalau aku tak boleh minta jadi putih dan lawa, maka aku minta kamu untuk menukarkan kawan-kawan aku yang kau putihkan menjadi hitam seperti aku semula" .

Maka permintaannya nya pun ditunaikan dan kedua-dua kawannya yang putih tadi menjadi hitam semula...
Akhir sekali semua menjadi hitam....tanpa sebarang keuntungan...

Moralnya macam sesetengah muslim yang dengki dan hasad yang membuat bermacam-macam perkara jahat untuk meruntuhkan orang Muslim lain yang telah berjaya....

Mereka lebih suka melihat orang lain lingkup seperti mereka juga daripada bersenang hati melihat kejayaan saudara seislam....

RENUNGKAN.....DAN RENUNGKAN.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...