Halaman

Jumaat, 29 Mac 2013

PERANAN SEORANG PEMIMPIN



Menurut perspektif Islam, ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:

1. Pelayan (Khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu menjadi tanda kemuliaan baginya. Ini kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu berkhidmat dan menjadi pelayan bagi pengikut atau rakyatnya. Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia menafkahkan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berpikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya. Demikianlah pemimpin sejati berteladankan Rasulullah SAW. Bukan seperti pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu inginkan sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

2. Pemandu (Muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang membawa atau mendorong pengikutnya kepada jalan yang terbaik agar selamat sampai kepada tujuan yang sebenar. Ini akan hanya tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM
Perlu disedari, dalam memilih pemimpin, ada tanggungjawab yang akan dipikul di hadapan Allah SWT terhadap pilihan kita. Di antara ciri2 pemimpin dalam Islam, ialah:

1. Jujur
Pemimpin Islam mestilah jujur terhadap dirinya sendiri serta pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik yakni pemimpin yang perkataannya selari dengan perbuatannya.

2. Layak
Kelayakan di dalam kepimpinan serta ilmu2 berkaitan mestilah dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orangramai hanya akan mengikuti seseorang jika mereka benar-benar meyakini bahawa orang yang memeompin mereka benar-benar berilmu serta mengetahui apa2 yang sedang dan akan dilakukannya.

3. Pendorong (Inspirasi)
Orang ramai akan merasa lapang sekiranya pemimpin mereka membawanya pada rasa tenang dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk mana sekalipun situasi yang sedang dihadapi.

4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah bersabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan masalah, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil sebarang keputusan dalam apa jua situasi. Segala keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan yang teliti.

5. Rendah diri
Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah diri, tidak suka menunjukkan kelebihannya (riya') serta tidak merendahkan atau menghina orang lain.

6. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di—rahimahullah—mengatakan: "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya—padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan pemimpin2 selain baginda?"

7. Berkomunikasi dengan rakyatnya
Seorang pemimpin Islam juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang ramai. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi dengan mengenepikan sikap emosional atau kepentingan sendiri. Dan yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil satu tindakan yang tepat di dalam apa jua keadaan.

RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN

1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luas
Seluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman AS memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad SAW dapat menyelesaikan berbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin mampu memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.

2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah
Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibawaaan, ketawadhu'an, kesabaran, keyakinan, dan sifat tawakkal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang kukuh.

3. Teladan
Ketika Rasulullah SAW mengajak para sahabat berjihad, beliau bertempur di depan sekali, paling banyak bersedekah dan hidup paling bersahaja. Ketika baginda menyuruh bertahajjud, bagindalah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, bagindalah manusia yang paling mulia akhlaknya.

CIRI-CIRI PENGIKUT DALAM ISLAM

1. Taat
Seorang pengikut harus sentiasa patuh kepada pemimpin. Sekiranya pemimpin dipilih berdasarkan jalan musyawarah, maka wajib bagi pengikutnya untuk mematuhi pemimpin tersebut, kecuali pemimpin secara terang-terangan telah melanggar perintah Allah.

2. Dinamis dan kritis
Seorang pengikut harus dinamis dan kritis dalam mengikuti kepemimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan kepatuhan membuta tuli. Ini kerana manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja petunjuk yang benar dan harus diikuti.

Wallahua'lam.

Khamis, 21 Mac 2013

Sudah Selesai Tanggungjawab Kita?


Pemuda pemudi sudah mula lemau dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya....
membazir masa bergayut dengan awek, usha awek tu usha awek ni, mencari tempat-tempat lagha sprti karaoke dll...



Berbahas sesuatu perkara dgn berani namun tiada isi dan hujah yg kuat sperti menunjukkan kebodohan yang dilindungi selama ini...


Berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang kecil (motor, kereta, hp canggih) dan tertinggal kejayaan-kejayaan yang besar (imam solat, ikon muslim & muslimah berjaya)...



Cukup cukup sudah...

Andai diri ini tak kenal Allah SWT, apa guna kita kenal & hafal cerita tokoh-tokoh barat?

Andai diri ini tak mampu memahami apa itu islam dan takut utk bercakap mengenai islam, maka apa guna bijak berfikir & pandai berpidato?

Andai diri ini belum mampu membezakan solat ku ini cukup rukun & syaratnya, maka apa gunanya pandai belajar & pandai mengajar?

Banyakkan menuntut ilmu (ta'lim) dan didik (tarbiyyah) diri kita ke arah Individu Muslim (Fardhul Muslim)...



Ibnu Abbas pun bersusah payah mengaji, menelaah & mengarang kitab walaupun di doakan oleh nabi (Allahumma faqihhu fiddin wa 'allimhu takwil)..

Siapakah kita utk bersenang lenang & menunggu ilmu itu hadir dlm hati kita?

Khamis, 14 Februari 2013

Pesanan Syeikh Haidar Almunem




Markah yang didapati hasil imtihan bukanlah tujuan utama kita.
Yang penting Kefahaman dalam pembelajaran dan hasil Tatbiq dalam kehidupan seharian kita untuk mencapai markah di akhirat. Itulah matlamatnya.
Jadi janganlah antum semua runsing mengenai hal peperiksaan.
Cuma belajarlah dengan ikhlas kerana Allah dan ambil manfaat dari ilmu-Nya.

~Syeikh Haidar Almunem~


-Al-Faqirilallah Pengaman Sanubari-

Khamis, 24 Januari 2013

Merindui Rasulullah



Rasulullah (SAW) sudah meninggalkan kita selama 1421 tahun...
Begitu jauh jarak masa antara kita dengan Baginda...
Namun aku pelik...
Kenapa bila dibandingkan ketebalan rindu kita kepada Rasulullah, makin lama makin nipis seperti sehelai kertas...
Kenapa saudaraku?..
adakah kerana sudah lama Rasulullah meninggalkan kita?
Adakah kerana kita tak pernah bersua muka dengan Baginda?

Itu bukan alasannya wahai saudaraku...
Mampukah kita menjawab sebegitu dihadapan Rasulullah...
Sanggupkah wahai saudaraku?

Sepatutnya semakin jauh masa Rasulullah dengan kita semakin tebal kerinduan kita kepada Baginda...
Kenapa saudaraku?
Kerana kita cemburu dengan sahabat nabi yang hidup pada zaman nabi, menatap wajah Rasulullah dan bergurau senda dengan Baginda...
kerana kita tersangat rindu untuk berjumpa dengan seorang insan yang mulia...
Seorang Nabi yang sangat mencintai ummatnya walaupun tidak pernah bertemu dengan kita...~Allah~

Rasulullah pernah mengalirkan air mata baginda kerana mengingatkan kita, ummatnya yang tak berkesempatan untuk berjumpa dengan baginda...
Sahabat bertanya, "kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Aku sedih mengenangkan saudara-saudaraku yang tak dapat berjumpa dengan ku. Aku merindui mereka."

Para sahabat cemburu...
Kenapa para sahabat cemburu?..
Kerana Rasulullah merindui kita...
Bagaimana dengan kita?..
Lapangkan hatimu, jawab dengan suara hatimu yang tulus...

Buat diri ini dan semua saudaraku...
Jangan kita meninggalkan Sunnah Baginda...
Jangan kita lupa pesanan Baginda...
Jangan kita lupa untuk Selawat kepada Baginda...
Fahami Sirah Nabi...
Kerana dengan memahami Sirah Nabi dan mengamalkan Sunnah & Selawat itu mendekatkan kita dengan Rasulullah SAW...
Kami merindui mu, Ya Rasulullah...
Andai Rasulullah berada di sisiku...


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 





SALAM MAULIDUR RASUL 1434H...

Nukilan Pengaman Sanubari...
7.19 pm, Khamis...
12 Rabi'ul Awwal 1434H...

Ahad, 23 Disember 2012

ESL WEBSITE PRESENTATION (BSB 2- ASRM)

Group members:
  Syah Fahmi,
Sharifah Nur Samihah,
 Ainul Mardhiah, 
Waznatol Widad





GROUP MEMBERS:
WALIUDDIN
MUAZ
NAJAH NADIAH
WAN NUR NADIRAH












Jumaat, 14 Disember 2012

Peringatan Adik-adik Buat Diriku

[Zamir]
Orang kate
Hidup bermula dari B dan berakhir dengan D
B= Birth (lahir)
D= Death (meninggal)

Tetapi diantara huruf B dan D ada huruf C...
C= Choice (pilihan)
Hidup selalu menawarkan pilihan...

Tersenyum atau Marah
Memaafkan atau Membalas
Mencintai atau Membenci
Bersyukur atau Mengeluh
Berharap atau Berputus asa
Tidak ada pilihan yang tanpa risiko

Namun Allah selalu memberikan yang terbaik...
Rencana kita boleh indah tetapi rencana Allah lah yang terindah...=)
~Salam Ukhuwah

[Syafiq]
Tazkirah
Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan darinya maka dia diuji (dengan musibah).
-HR Bukhari-

Barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau dirinya lalu dirahsiakan dan tidak dikeluhkan kepada sesiapa pun maka menjadi hak Allah untuk mengampuninya.
-HR At Tabarani-

[Luqman Hakim]
Fitrah semulajadi manusia adalah fitrah beragama..
Sebab tu kalau time kita ditimpa kesusahan atau ketakutan...
Kita akan ingat kepada Allah...
Bukan setakat orang islam bahkan agama lain..
Eg: Oh My God...
Ni menunjukkan fitrah sebenar kita, jadi ayuhlah kita kembali kepada fitrah asal kita...
Salam Ukhuwah fillah...

[Ilman]
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dalam hatimu, maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada Sang Kholiq (Pencipta)...

Dan keluarkanlah rasa berharap pada makhluk dari hatimu, maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Kholiq....=)

#Nukilan Habib Umar Al-Hafiz

[Hazimi]
"Mati ialah guru kepada kehidupan.."
Cukuplah kata-kata ini yang menjadi pedoman dalam hidup kita di atas dunia ini...
Dunia adalah satu persinggahan kita sebelum kita menuju ke alam abadi, alam akhirat...
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah...
InsyaAllah..:-)
Salam Ukhuwah~

[Baihaqi]
Pada hari itu manusia keluar dalam kuburnya dalam keadaan berkelompok  kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatan mereka...

Maka sesiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya...
Dan sesiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, maka dia akan melihat balasannya..
AL-ZALZALAH 6-8

[Ariff Ilmam]
Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah ada ILMU...
Sesiapa yang mahukan akhirat, dia mestilah mempunyai ILMU...
Sesiapa yang nak kedua-duanya sekali maka dia mesti ada ILMU...
-Imam Syafie-

Kerna ILMU lah Allah mengangkat darjat seseorang itu.

[Peringatan dariku]
Berkata Imam Qayyim Al-Jauzi berkenaan faedah-faedah zikir...
Aku mendengar Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah berkata,
"Perumpamaan zikir pada hati itu seperti air pada ikan...
Bagaimana keadaan ikan jika dipisahkan dari air?"

Lazimi lidah kita dengan zikir...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
La Ilaha IllaLLAH...
Allahu Akbar...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ke arah mencapai 10 Muasafat Tarbiyyah
Membentuk Individu Muslim


Isnin, 3 Disember 2012

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna



1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, walau apa pun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau tadabburlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalunya lebih banyak dari waktu yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...