Halaman

Memaparkan catatan dengan label HAQ dan BATIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAQ dan BATIL. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2013

Sudah Selesai Tanggungjawab Kita?


Pemuda pemudi sudah mula lemau dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya....
membazir masa bergayut dengan awek, usha awek tu usha awek ni, mencari tempat-tempat lagha sprti karaoke dll...



Berbahas sesuatu perkara dgn berani namun tiada isi dan hujah yg kuat sperti menunjukkan kebodohan yang dilindungi selama ini...


Berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang kecil (motor, kereta, hp canggih) dan tertinggal kejayaan-kejayaan yang besar (imam solat, ikon muslim & muslimah berjaya)...



Cukup cukup sudah...

Andai diri ini tak kenal Allah SWT, apa guna kita kenal & hafal cerita tokoh-tokoh barat?

Andai diri ini tak mampu memahami apa itu islam dan takut utk bercakap mengenai islam, maka apa guna bijak berfikir & pandai berpidato?

Andai diri ini belum mampu membezakan solat ku ini cukup rukun & syaratnya, maka apa gunanya pandai belajar & pandai mengajar?

Banyakkan menuntut ilmu (ta'lim) dan didik (tarbiyyah) diri kita ke arah Individu Muslim (Fardhul Muslim)...



Ibnu Abbas pun bersusah payah mengaji, menelaah & mengarang kitab walaupun di doakan oleh nabi (Allahumma faqihhu fiddin wa 'allimhu takwil)..

Siapakah kita utk bersenang lenang & menunggu ilmu itu hadir dlm hati kita?

Isnin, 3 Disember 2012

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna



1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, walau apa pun keadaan di waktu itu.

2. Bacalah Al-Qur-an, atau tadabburlah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Berbicaralah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

6. Jangan suka berkelakar berolok-olok, sebab umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

7. Janganlah engkau keraskan suaramu melebihi yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhilah menghina orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu darimu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajiban selalunya lebih banyak dari waktu yang tersedia, sebab itu bantulah orang lain untuk memanfa’atkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.



Jumaat, 28 September 2012

### BAJET 2013 ###


Jom kita Teliti, Analisa & Komen secara Kritis....
Jadilah Anak Muda yang Peduli tentang Nasib Negara!!!
~Anak Muda Sayang Malaysia~






Info : http://1malaysia.com.my/infographics/sorotan-bajet-2013/


Selasa, 10 Julai 2012

Fenomena Taman Maahadi



Pagi tadi (9/7/2012) saya dimaklumkan oleh umi yang kawan umi minta saya dan adik saya menasihati seorang anaknya yang belajar di Maahad Muhammadi Lelaki. Masalah yang berkaitan dengan pengajian kitab turath dan pembelajaran akademik. Si anak yang ingin berhenti daripada sesi persekolahan dan berpindah kepada pengajian pondok. Ibubapa yang bimbangkan keadaan anak meminta agar saya dan adik saya memberi sedikit pencerahan dan motivasi.

Saya menulis di sini bukan bermaksud untuk menunjukkan yang saya ini hebat atau yang sama maksud dengannya, cuma ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat.

Bagi situasi di atas, saya ingin berpesan beberapa perkara.

MUQADDIMAH

Apabila ingin melakukan discussion/perbincangan
1- Perbetulkan niat
2- konsep perbincangan, bukannya perdebatan
3- menjawab kepada persoalan yang ditanya
4- bertanya serta merta sekiranya ada perkara yang tidak jelas

HAQ dan BATIL


وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“ Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “
( Al -Baqarah : 42 )

Mereka yang berilmu tinggi dipandang hebat oleh orang ramai termasuk pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML). Apabila mampu "istiqamah" mengaji kitab turath, mereka di gelar "sep ngaji kitab". Saya tak mahu menyentuh panjang tentang isu ini kerana isu ini merupakan isu yang 'hot' dalam kalangan MML tetapi apa yang saya ingin sentuh di sini ialah segelintir daripada mereka yang salah menggunakan istilah "sep ngaji kitab" sebagai lesen untuk mereka melakukan perkara yang melanggari syara'. 

Pada mula-mulanya, golongan segelintir ini mula berdebat dan berhujah dengan kawan-kawan menggunakan ilmu yang dipelajari. Akibatnya mereka dipandang tinggi dalam kalangan kawan-kawan kerana mampu membawa hujah ilmiah dan dalil-dalil naqli (Al-Quran dan Hadis). Golongan yang segelintir ini dengan rasa hebatnya naik kepada satu tahap lagi iaitu mula berhubung dengan perempuan sama ada menggunakan facebook atau handphone. Masih menggunakan kaedah yang sama, bercakap tentang agama dengan rasa angkuhnya padahal ulama' pun merendah diri apabila ditanya soalan kepadanya. Ulama' dahulu merendah diri dengan mengatakan " aku tidak tahu, cuba tanya alim ulama' yang lain. Mungkin mereka lebih mengetahui." Akhir sekali soalan tadi berbalik kepada ulama' yang sama kerana ulama'-ulama' zaman dahulu memberitahu jawapan yang sama. Baru lah ulama' tersebut menjawab persoalan tersebut. Hebatnya ulama' zaman dahulu. Kita?



Sambung balik kepada cerita tadi. Mula lah bibit-bibit cinta antara si lelaki dan si perempuan. Bermula dengan mesej ayat-ayat cinta. Saya tak nak mengulas tentang ni secara detail tetapi apa yang saya boleh simpulkan ialah perkara ini melanggari syara' dan perbuatan melakukan maksiat kepada Allah.

Bukankah situasi di atas memberi fitnah kepada mereka yang mengaji kitab turath? 
Mengaji kitab tetapi ego dan sombong
Mengaji kitab tapi berbangga-bangga dengan ilmu
Mengaji kitab tetapi couple

KIAMAT DIKEJAR DUNIA DITINGGALKAN

Saya teringat tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus
"Tak salah mung belajar ilmu dunia tetapi hok salahnya mung tinggal ilmu agama"



mafhum mukhalafah:

Tak salah mung belajar agama tapi hok salahnya mung tinggal dunia. Tetapi saya nak adjust sikit ayat tu, hok mung ngaji agama tu comey dah tapi hok salahnya mung tinggal terus dunia. 

Ayat di atas sesuai digunakan untuk pelajar agama.

Apabila kedengaran tentang kiamat sudah dekat, masing-masing takut dan bimbang. Lebih-lebih lagi apabila dengar tanda-tanda kiamat yang sudah terjadi. Antara petanda kiamat semakin dekat,  
Israel akan menguasai dunia dan Dajjal akan muncul menguasai dunia hanya apabila Sea of Galilee/Tasik Kinneret menjadi kering. Ia adalah laut/tasik yang terbesar dan menjadi sumber air di Tanah Suci.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Rasulullah pun ada bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Nabi Muhammad SAW tidak mengajar kita untuk berputus asa walaupun kita tahu yang esok akan berlakunya kiamat malah menyuruh untuk kita lebih berusaha. 

KHULASAH

Pelajar agama sering ditunggu-tunggu oleh masyarakat di luar sana dengan harapan membawa sinar islam kepada mereka. Ilmu yang dipelajari diajar kepada mereka. Waktu antara maghrib dan isya' di isi dengan tazkirah, ceramah dan khususnya kuliah pengajian kitab turath. Ya Allah, ingin ku lihat setiap masjid dan surau di Malaysia ini mempunyai pengajian pada waktu malam. Bukan hanya cantik pada luaran sahaja tetapi dalaman (pengisian) nya juga. Jangan ada ahli jemaah solat 6 orang, tiang masjid 16 batang, cicak 60 ekor.

 Akhir sekali, pesanan buat sahabat-sahabat saya di luar sana.. Syaitan pun jadi tak ada kerja disebabkan ramai yang dah "volunteer" nak menggantikan syaitan. ~Jangan marah.~  (^_^)



Al-Faqirilallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...