Halaman

Memaparkan catatan dengan label MML. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MML. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2012

Surat Sahabat Seperjuangan buat Diriku



Assalamualaikum.

Wahai Sahabatku,

         Andai PERJUANGAN ini perjuangan yang benar maka pertahankan ia. Andai Perjuangan ini lemah maka bangkitkan semangat sahabat yang lain untuk membela perjuangan ini. Sekiranya aku terjatuh sehinggakan aku terleka dengan realiti sebenar maka sedarkan aku. Seandainya perjuangan ini dapat memberikan aku gelaran syuhada' maka syahidkan aku dalam perjuangan ini walau tanpa kehebatan atau kemasyhuran tapi aku mahu pejuang yang akan datang lebih hebat dan mantap dariku.



         Afiq, sememangnya hati ini seketul daging. Daging yang boleh berubah jika diubah. Maafkan aku jika apa yang aku buat selama ini ada kesilapan dan kekurangan. Aku keliru dengan diri aku.

         Andai ini takdirku aku terima. Doakan aku berubah menjadi pemimpin yang dapat memberikan contoh yang terbaik kepada generasi yang akan datang. Aku mohon darimu mendoakan diriku berjaya dunia dan akhirat. Sahabat merupakan nadi semangat aku untuk berjuang kembali. Sesungguhnya aku menyesal tidak dapat menyumbangkan sebaiknya dalam jemaah Islam ini. Aku kecewa dengan diriku.

        Aku doakan kita berdua akan kekal bersama sehingga ke titis darah terakhirku. Aku bertekad untuk bebaskan Malaysia dari Jajahan "U**O."

8.45 am
khamis
23/9/2010
MUKTAMAR SANAWI BALKIS KALI KE-3

"PERTINGKATKAN KUALITI JEMAAH,
PERKASAKAN TARBIAH DAN DAKWAH"



Badan Dakwah Maahad Muhammadi Lelaki



Muktamar Tahunan Balkis



Barisan Ahli Majlis Tertinggi BALKIS 2010



Antara Barisan Exco Lajnah Balkis



Antara Perwakilan Muktamar Sanawi Balkis kali ke-3


p/s : Teringatkan sahabat seperjuangan di Maahad Muhammadi Lelaki (MML), semoga antum kekal memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. Ana sayang antum semua. Kita jumpa di Syurga. INSYAALLAH!!!

Khamis, 9 Ogos 2012

[Pentarbiyahan Ramadan, Mencetus Paradigma Anak Muda]

‎Sedikit lontaran pandangan awal daripada moderator Forum Bicara Ramadhan tentang tajuk forum yang diberikan. "Pentarbiyahan Ramadhan, Mencetus Paradigma Anak Muda".


Saudara Muizzudin berada di bahagian kanan


MUHAMMAD MUIZZUDIN ZAINI.
UNIVERSITI MU'TAH, JORDAN.
Tarbiyah, literalnya, adalah tumbuh. Ia membenih, mengakar, lalu bertunas. Kemudiannya, membesar berdikit–dikit. Perlahan, dan sabar. Lama–kelamaan, ia berbatang, bercabang. Ahirnya berbuah ranum selepas berputik dan sebelum itu berdaun.

Lalu,

Bagaimana Ramadan 'menumbuhkan' paradigma?

Sebelum itu, "Apa itu PARADIGMA?"

Dan, paradigma yang bagaimana harus tumbuh, dan memugar dalam dada dan minda anak muda? Kita!

Apa falsafah agung di sebalik puasa? Islam; deen yang kaya dengan, atau tepatnya pasti ada, 'sense of purpose' pada setiap ranahnya ini, meletakkan apa pada puasa sebagai 'sense of purpose'–nya? Dan, apa kaitannya dengan bertumbuhnya paradigma anak muda?

Ibn Mas'ud meriwayatkan, pesan Baginda Nabi SAW pada kita anak–anak muda:

"Siapa–siapa antara kalian yang mampu, maka bernikahlah. Sesungguhnya, ia menundukkan pandangan, dan menjaga kemaluan. Siapa–siapa yang tak mampu, maka BERPUASALAH. Sesungguhnya, ia, bagi kalian, adalah WIJA'."

Namun, harus ditanya, bagaimana puasa - sebenarnya - boleh jadi Wija'? Realiti seputar kita tidak begitu. Puasa tidak berjaya mengekang marak dan maranya nafsu. Tidak sedikit, anak–anak muda yang tewas!

Hari ini, saat dan tika ini, Ramadan berbaki sedikit waktu sahaja lagi. Apakah dua pertiga Ramadan berlalu itu, dikira cemerlang? Bagaimana mengukurnya? Apa ukurannya? Kita harus muhasabah. Kita!

Dan, sa–puloh terakhir Ramadan ini, harus kita lalui penuh hati–hati dan dengan 'hati'. Bagaimana harus kita laluinya?

Bagaimana, Ramadan sebenarnya berjaya [Mencetus Paradigma Kita]? Kalian mahu tahu jawapannya? Atau kalian juga punya persoalan–persoalan yang sedang berlarian berhambatan di minda? Kita hidupkan wacana PETANG ESOK! Insha–allah.




Debaran makin terasa. Nantikan pula pandangan dan ulasan daripada panel-panel jemputan. Hadirkan diri anda ke program Ifthor Jamaie AMAL 1433H pada esok hari, 10 ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H di Dewan MARA, Kota Bharu bermula 4.15 petang. Jangan terlepas peluang keemasan….(~_n)

Selasa, 10 Julai 2012

Fenomena Taman Maahadi



Pagi tadi (9/7/2012) saya dimaklumkan oleh umi yang kawan umi minta saya dan adik saya menasihati seorang anaknya yang belajar di Maahad Muhammadi Lelaki. Masalah yang berkaitan dengan pengajian kitab turath dan pembelajaran akademik. Si anak yang ingin berhenti daripada sesi persekolahan dan berpindah kepada pengajian pondok. Ibubapa yang bimbangkan keadaan anak meminta agar saya dan adik saya memberi sedikit pencerahan dan motivasi.

Saya menulis di sini bukan bermaksud untuk menunjukkan yang saya ini hebat atau yang sama maksud dengannya, cuma ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat.

Bagi situasi di atas, saya ingin berpesan beberapa perkara.

MUQADDIMAH

Apabila ingin melakukan discussion/perbincangan
1- Perbetulkan niat
2- konsep perbincangan, bukannya perdebatan
3- menjawab kepada persoalan yang ditanya
4- bertanya serta merta sekiranya ada perkara yang tidak jelas

HAQ dan BATIL


وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“ Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “
( Al -Baqarah : 42 )

Mereka yang berilmu tinggi dipandang hebat oleh orang ramai termasuk pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML). Apabila mampu "istiqamah" mengaji kitab turath, mereka di gelar "sep ngaji kitab". Saya tak mahu menyentuh panjang tentang isu ini kerana isu ini merupakan isu yang 'hot' dalam kalangan MML tetapi apa yang saya ingin sentuh di sini ialah segelintir daripada mereka yang salah menggunakan istilah "sep ngaji kitab" sebagai lesen untuk mereka melakukan perkara yang melanggari syara'. 

Pada mula-mulanya, golongan segelintir ini mula berdebat dan berhujah dengan kawan-kawan menggunakan ilmu yang dipelajari. Akibatnya mereka dipandang tinggi dalam kalangan kawan-kawan kerana mampu membawa hujah ilmiah dan dalil-dalil naqli (Al-Quran dan Hadis). Golongan yang segelintir ini dengan rasa hebatnya naik kepada satu tahap lagi iaitu mula berhubung dengan perempuan sama ada menggunakan facebook atau handphone. Masih menggunakan kaedah yang sama, bercakap tentang agama dengan rasa angkuhnya padahal ulama' pun merendah diri apabila ditanya soalan kepadanya. Ulama' dahulu merendah diri dengan mengatakan " aku tidak tahu, cuba tanya alim ulama' yang lain. Mungkin mereka lebih mengetahui." Akhir sekali soalan tadi berbalik kepada ulama' yang sama kerana ulama'-ulama' zaman dahulu memberitahu jawapan yang sama. Baru lah ulama' tersebut menjawab persoalan tersebut. Hebatnya ulama' zaman dahulu. Kita?



Sambung balik kepada cerita tadi. Mula lah bibit-bibit cinta antara si lelaki dan si perempuan. Bermula dengan mesej ayat-ayat cinta. Saya tak nak mengulas tentang ni secara detail tetapi apa yang saya boleh simpulkan ialah perkara ini melanggari syara' dan perbuatan melakukan maksiat kepada Allah.

Bukankah situasi di atas memberi fitnah kepada mereka yang mengaji kitab turath? 
Mengaji kitab tetapi ego dan sombong
Mengaji kitab tapi berbangga-bangga dengan ilmu
Mengaji kitab tetapi couple

KIAMAT DIKEJAR DUNIA DITINGGALKAN

Saya teringat tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus
"Tak salah mung belajar ilmu dunia tetapi hok salahnya mung tinggal ilmu agama"



mafhum mukhalafah:

Tak salah mung belajar agama tapi hok salahnya mung tinggal dunia. Tetapi saya nak adjust sikit ayat tu, hok mung ngaji agama tu comey dah tapi hok salahnya mung tinggal terus dunia. 

Ayat di atas sesuai digunakan untuk pelajar agama.

Apabila kedengaran tentang kiamat sudah dekat, masing-masing takut dan bimbang. Lebih-lebih lagi apabila dengar tanda-tanda kiamat yang sudah terjadi. Antara petanda kiamat semakin dekat,  
Israel akan menguasai dunia dan Dajjal akan muncul menguasai dunia hanya apabila Sea of Galilee/Tasik Kinneret menjadi kering. Ia adalah laut/tasik yang terbesar dan menjadi sumber air di Tanah Suci.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Rasulullah pun ada bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Nabi Muhammad SAW tidak mengajar kita untuk berputus asa walaupun kita tahu yang esok akan berlakunya kiamat malah menyuruh untuk kita lebih berusaha. 

KHULASAH

Pelajar agama sering ditunggu-tunggu oleh masyarakat di luar sana dengan harapan membawa sinar islam kepada mereka. Ilmu yang dipelajari diajar kepada mereka. Waktu antara maghrib dan isya' di isi dengan tazkirah, ceramah dan khususnya kuliah pengajian kitab turath. Ya Allah, ingin ku lihat setiap masjid dan surau di Malaysia ini mempunyai pengajian pada waktu malam. Bukan hanya cantik pada luaran sahaja tetapi dalaman (pengisian) nya juga. Jangan ada ahli jemaah solat 6 orang, tiang masjid 16 batang, cicak 60 ekor.

 Akhir sekali, pesanan buat sahabat-sahabat saya di luar sana.. Syaitan pun jadi tak ada kerja disebabkan ramai yang dah "volunteer" nak menggantikan syaitan. ~Jangan marah.~  (^_^)



Al-Faqirilallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...