Selasa, 12 Jun 2012

Keadaan di Mynmar semakin meruncing

A man walks though a burnt Rohingya village during fighting between Buddhist Rakhine and Muslim Rohingya communities in Sittwe June 10, 2012


                Dari maklumat yang diterima, ramai umat Islam Rohingya  yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

                Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini. Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan   mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

                Lebih memeranjatkan , pihak keselamatan, polis dan tentera  dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk   namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

                Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan  namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

                Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

                Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

                Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.   Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.  Tambah memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran agamanya.

                Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi, Thailand dan Malaysia. Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan konsep persauadaraan sesama muslim.



Terkini :

Keadaan di Mynmar semakin meruncing. Rakhine Buddha menyerang lebih 20 buah kampung orang Islam Rohingya. Seluruh kampung dibakar, 3 buah masjid dibakar, 500 - 700 orang dibunuh dan ada yang dibakar hidup - hidup.

Semua umat Islam digesa bertindak apa yang termampu, mendesak suaya kerajaan Malaysia mainkan peranannya diperinkat antarabangsa, berdoa untuk selamatkan muslim Rohingya. Hentikan kezaliman ini !

Insyaallah 15 Jun 2012, MAPIM akan menyerahkan memo bantahan kepada Kedutaan Mynmar di Kuala Lmpur selepas solat Jumaat.

17 Jun 2012 : Jam 10 am : Himpunan Solidariti dengan 5 ribu Rohingya di Masjid Negara.

Jumaat, 8 Jun 2012

Himpunan Selamatkan SYRIA


Ayuh Bersoladiriti!!!
Himpunan Selamatkan Syria | 8 JUN 2012 (selepas solat jumaat)
Berkumpul di hadapan masjid Tabung Haji, berarak ke Kedutaan Syria

Sama-sama menyatakan kebersamaan kita dengan Syria!!!

Saya menyokong seratus peratus tindakan memperjuangkan Syria! Ini kerana kekejaman Bashar Al-Asad laknatullah dalam memerintah Syria. Terlalu ramai manusia yang terkorban, isteri yang kehilangan suami, anak yang kehilangan ayah, ibu bapa yang kehilangan anak. Hanya manusia yang berhati kering mampu melihat saja dan tak mampu melahirkan walau sekelumit rasa benci kepada Bashar Al-Asad. 

Saya sertakan di sini beberapa Rujukan Utama yang Insyaallah boleh dipercayai:


1) Islammemo.cc
2) Facebook Bahagian Umum Ulama' Islam di Syria
3) Facebook Ikatan Ulama' Syria
4) Web rasmi Kesatuan Ulama' Islam Sedunia
5) Page Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Saya juga pernah mem'publish'kan di blog ni tentang siapakah Bashar Al-Asad sebenarnya, apa hubungan Rejim Syria dengan Iran, Israel dan apa yang berlaku di Syria sebelum ini. Sahabat-sahabat boleh rujuk kepada link di sini.

Rabu, 6 Jun 2012

Softskill Penting ~Berbahasa dalam Telefon~



              Menggunakan telefon a.k.a handphone sudah menjadi keperluan dalam kehidupan masyarakat kita masa kini. Kita menggunakan telefon untuk menghubungi seseorang, bertanya khabar, mendapat keterangan lanjut berkenaan sesuatu, menyampaikan pesan, memohon pertolongan, mendapatkan keterangan, memberi arahan dan banyak sebab lagi.

               Ada di antara remaja yang gugup dan agak tidak selesa apabila bercakap di telefon terutamanya apabila terpaksa menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris atau bahasa arab (kalau ada la.. hehe). Ada pula remaja yang berasa kekok apabila berbual di telefon. Kebimbangan adalah pada peringkat permulaan sahaja. Kebimbangan dan kegugupan yang dimiliki sekarang perlu dihapuskan bagi membina budaya cemerlang dan keselesaan semasa berkomunikasi dalam kehidupan.



               Apa yang perlu dibuat adalah dengan mengubah kebiasaan lama kepada amalan baru yang bermula dengan kemahiran berbahasa yang biasa tetapi ditambah sedikit dengan kelembutan dan kesopanan berbahasa. Etika dan adab berbual di telefon perlu dikuasai oleh setiap remaja, kerana dunia komunikasi akan datang lebih banyak melibatkan penggunaan alat komunikasi canggih yang melibatkan telefon.

1) Etika pertama yang perlu diamalkan semasa berbicara di telefon walau dengan sesiapa pun kita berbicara adalah kesopanan dan kelembutan daripada segi pilihan perkataan, nada suara dan susunan ayat yang ringkas, padat, jelas dan mudah difahami.

2) Etika kedua, bercakaplah dengan sebutan yang jelas, tenang dan teratur. Ini kerana kita tidak boleh bergantung pada cara, gaya atau aksi fizikal, seperti mimik muka dan gerak tangan untuk membantu penjelasan maksud percakapan kita, sebagaimana semasa kita berbual dalam keadaan bersua muka atau berjumpa. Untuk membolehkan kita berbuat demikian adalah digalakkan anda mendapat tempat duduk yang selesa semasa mahu membuat panggilan dan semasa menerima panggilan. Keadaan duduk yang selesa memudahkan kita membina ketenteraman perasaan, saraf dan menghilangkan "nervous".

3) Etika ketiga, kita perlu bercakap sejelas-jelasnya perkara yang hendak disampaikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah pengertian. Percakapan yang jelas boleh dibina dengan cara, kita tidak bercakap terlalu laju. Perbualan yang perlahan memudahkan pendengaran dan pentafsiran tanpa perlu membuat pengulangan berkali-kali. Digalakkan juga supaya diulang dua atau tiga kali mesej penting yang ingin disampaikan agar dapat difahami oleh pendengar.

4) Etika keempat, kita perlu juga mendengar dengan teliti serta cuba memahami secepat mungkin apa yang diperkatakan atau yang diarahkan. Dengan perkataan lain kalau anda sebagai pemanggil adalah baik mengucapkan ucapan selamat sebagai permulaan perbualan. Kemudian memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan dan hasrat anda membuat panggilan. Jangan membiarkan penerima panggilan meneka-neka maksud atau tujuan panggilan anda. Apabila anda ingin bercakap dengan orang-orang tertentu, maka tanyalah terus nama orang berkenaan.


Apabila anda memanggil kawan atau sahabat anda di rumah, anda boleh menyatakan begini, 


"Hello, selamat petang, saya Azmi dari Kelang, boleh saya bercakap dengan Rohaya sekejap?" 



                Tetapi jika anda menghubungi seseorang di sesebuah syarikat besar atau jabatan kerajaan, anda perlu meminta nama jabatan atau bahagian di mana orang itu ditugaskan terlebih dahulu. Kemudian apabila anda telah dihubungkan dengan orang di jabatan berkenaan, maka barulah anda bertanyakan nama orang yang ingin dihubungi. Perlu diperhatikan semua institusi perdagangan akan menjawab panggilan anda dengan mereka menyatakan nama syarikat dan diikuti dengan pertanyaan, 

"Boleh kami bantu encik?"

atau dengan bertanya, 

"Bagaimana kami boleh membantu saudara/saudari?"

                 Apabila anda membuat panggilan ke rumah dan ada orang yang menjawab dengan jawapan "Hello!" diikuti dengan pertanyaan untuk mengesahkan rumah kediaman yang dikehendaki, seperti soalan, "Ini rumah Tuan Pegawai Daerah." Ada pula yang akan menjawab dengan menyebut, "Saya Aman di sini" atau "Encik Aman bercakap."

Beberapa peraturan umum yang digunakan dalam perbualan di telefon seperti:

1. Menggunakan perkataan "Boleh saya bercakap dengan...", "Ini ibunya membuat panggilan ..." atau "Saya bercadang untuk bercakap dengan Encik Azmi."

2. Perbualan seperti "Cik Rohaya ada" atau "Cik Rohaya di sini ..." adalah perbualan berbentuk tidak formal.

Antara cadangan permulaan ayat,

"Assalamualaikum, saya wakil dari sekolah/syarikat/NGO............., boleh saya bercakap dengan En./Cik/Tuan/Puan/YB..........."

"Maaf menganggu, ni pejabat Pengarah/YB ................ ke? Pengarah/YB ada di pejabat ke sekarang? boleh saya bercakap dengan Pengarah/YB ............?"

Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam berurusan atau berbahasa dalam telefon... (n_n)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...