Khamis, 9 Ogos 2012

[Pentarbiyahan Ramadan, Mencetus Paradigma Anak Muda]

‎Sedikit lontaran pandangan awal daripada moderator Forum Bicara Ramadhan tentang tajuk forum yang diberikan. "Pentarbiyahan Ramadhan, Mencetus Paradigma Anak Muda".


Saudara Muizzudin berada di bahagian kanan


MUHAMMAD MUIZZUDIN ZAINI.
UNIVERSITI MU'TAH, JORDAN.
Tarbiyah, literalnya, adalah tumbuh. Ia membenih, mengakar, lalu bertunas. Kemudiannya, membesar berdikit–dikit. Perlahan, dan sabar. Lama–kelamaan, ia berbatang, bercabang. Ahirnya berbuah ranum selepas berputik dan sebelum itu berdaun.

Lalu,

Bagaimana Ramadan 'menumbuhkan' paradigma?

Sebelum itu, "Apa itu PARADIGMA?"

Dan, paradigma yang bagaimana harus tumbuh, dan memugar dalam dada dan minda anak muda? Kita!

Apa falsafah agung di sebalik puasa? Islam; deen yang kaya dengan, atau tepatnya pasti ada, 'sense of purpose' pada setiap ranahnya ini, meletakkan apa pada puasa sebagai 'sense of purpose'–nya? Dan, apa kaitannya dengan bertumbuhnya paradigma anak muda?

Ibn Mas'ud meriwayatkan, pesan Baginda Nabi SAW pada kita anak–anak muda:

"Siapa–siapa antara kalian yang mampu, maka bernikahlah. Sesungguhnya, ia menundukkan pandangan, dan menjaga kemaluan. Siapa–siapa yang tak mampu, maka BERPUASALAH. Sesungguhnya, ia, bagi kalian, adalah WIJA'."

Namun, harus ditanya, bagaimana puasa - sebenarnya - boleh jadi Wija'? Realiti seputar kita tidak begitu. Puasa tidak berjaya mengekang marak dan maranya nafsu. Tidak sedikit, anak–anak muda yang tewas!

Hari ini, saat dan tika ini, Ramadan berbaki sedikit waktu sahaja lagi. Apakah dua pertiga Ramadan berlalu itu, dikira cemerlang? Bagaimana mengukurnya? Apa ukurannya? Kita harus muhasabah. Kita!

Dan, sa–puloh terakhir Ramadan ini, harus kita lalui penuh hati–hati dan dengan 'hati'. Bagaimana harus kita laluinya?

Bagaimana, Ramadan sebenarnya berjaya [Mencetus Paradigma Kita]? Kalian mahu tahu jawapannya? Atau kalian juga punya persoalan–persoalan yang sedang berlarian berhambatan di minda? Kita hidupkan wacana PETANG ESOK! Insha–allah.




Debaran makin terasa. Nantikan pula pandangan dan ulasan daripada panel-panel jemputan. Hadirkan diri anda ke program Ifthor Jamaie AMAL 1433H pada esok hari, 10 ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H di Dewan MARA, Kota Bharu bermula 4.15 petang. Jangan terlepas peluang keemasan….(~_n)

Flash Mob for ROHINGYA di KB MALL

Assalamualaikum....

10 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H

8.30 am : Kuliah Dhuha Medan Ilmu

10.30 am : Taklimat di Dewan Zulkifli (atas Jaafar Rawas, KB)

10.45 am : Bergerak ke KB MALL

11.00 am : Flash Mob for ROHINGYA

12.00 pm : Bersurai

Digalakkan berpakaian HITAM dan PUTIH!!!

Ayuh Bangkit Memperjuangkan Hak Ummah!!!



Ayuh semua Mahasiswa Kelantan, bersama nyatakan kebersamaan..!
" Saudaraku berdarah.."

Tahniah Gamis Negeri Kelantan..
-GAMIS, Inspirasi Anak Muda -

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HIMPUNAN KEAMANAN UMAT ISLAM ROHINGYA




Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya | 10 Ogos 2012 | Jumaat | 8.30 malam | Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru.

Agenda menarik :
- Solat Isya & Terawih Berjemaah
- Solat Hajat Keamanan Umat Islam Rohingya
- Pidato Keamanan (Setiap Kumpulan Masyarakat Rentas Idealogi Politik)

Ayuh, Kita Nyatakan Solidariti Kita Bersama Umat Islam Rohingya..!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



         Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat lihat sensitiviti umat islam terhadap saudara mara kita sesama islam mulai menjelma semula. Teruskan usaha kita! Walaupun kita tidak mampu nak kirimkan bantuan tenaga, wang dan harta tetapi sekurang-kurangnya kirimkan doa buat mereka, saudara kita yang dizalimi dan teraniaya.

         Buat ikhwan wal akhawat yang belum mengetahui dan tidak menyedari apa yang berlaku di luar sana, apa yang terjadi di Myanmar, boleh rujuk kepada entri ini.

Gambar-gambar yang menceritakannya...













Jumaat, 3 Ogos 2012

Kisah di Bulan Ramadhan 1433H

               Alhamdulillah, rasanya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan rasa syukur kerana saya dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah ya Allah!!! Namun tidak boleh dinafikan, penulis rasa tersangat rindu dengan bi'ah Ramadhan di Asrama Maahad Muhammadi Lelaki.



               Di Maahad Muhammadi Lelaki, sahabat-sahabat bersaing untuk saling cepat menghabiskan tadarus Al-Quran. Soalan yang selalu ditanya sewaktu Ramadhan.



"Syeikh, dah baca sampai juzu' berape?"

"demo khatam brapo kali dah? hehe"

Namun, soalan lain juga "femes"...

"demo nak beli gapo di bazar untuk buko puasa pahni?"

"Syeikh buko puasa mano hari ni?"

"Syeikh solat terawih mano hari ni?"

Tetapi bukan perkara ini yang hendak saya lontarkan di sini. Ada 2 kisah yang saya ingin kongsikan di sini. Kisah yang berlaku pada Ramadhan 1433 H.


KISAH PERTAMA



               Suatu hari, penulis diajak oleh senior berbuka puasa di Pondok Pasir Tumboh. Penulis ingatkan berbuka dengan kawan-kawan dan senior yang lain sahaja. Rupa-rupanya majlis berbuka puasa di rumah YB Baihaqi dan Ustaz Syairozi. Terasa segan dan malu bila dijamu oleh seorang YB dan seorang utaz yang pernah mengajar ku kitab. Selepas berbuka, kami solat maghrib dan bersiap untuk solat isya' dan terawih. Untuk makluman sahabat dan sahabiah, masjid pondok pasir tumboh mengadakan terawih sebanyak 20 rakaat. Sesiapa yang rajin dan ingin berbuat pahala lebih, boleh lah ke pondok pasir tumbuh. Sekejap je, dalam pukul 10.30 siap!. cepatkan..=)




               Seusai kami selesai solat terawih secara berjemaah, kami dihidangi dengan santapan rohani oleh YB Baihaqi. Penulis tertarik dengan kisah yang dilalui dan dicerita oleh beliau.

               "Pada bulan Ramadhan ini, saya baru sahaja menziarahi kampung yang dilanda ribut. Beberapa buah rumah yang rosak akibat ribut tersebut. Ada satu rumah orang miskin yang atap zin rumahnya telah terbang dibawa ribut, maka saya meminta penghulu untuk membawa saya ke rumah tersebut. Penghulu tidak mahu membawa saya ke sana kerana rumah tersebut merupakan orang kuat umno. Tambahan pula mereka tidak solat apatah lagi berpuasa.

               Saya mengatakan, bawa je saya ke rumah tersebut, Mana tahu dengan kita menziarahi dan menolong mereka akan dapat membuka hati mereka. Hidayah itu terletak pada Allah. Sekiranya Allah ingin memberinya kepada mereka, maka itu tidak mustahil.

               Maka kami menziarahi rumah tersebut dan memberi bantuan atap zin yang baru kepada keluarga rumah tersebut. Selesai beramah mesra dengan keluarga tersebut maka kami pulang. Sewaktu pulang, penghulu mengatakan kepada saya bahawa kami bertuah pada hari ini kerana datang pada waktu mereka tidak makan. Silap-silap sewaktu kami datang untuk ziarah, mereka tengah makan tengah hari beramai-ramai sekeluarga.

               Sememangnya mereka itu miskin semiskin-miskinnyanya. Sudah cukup SEMPURNA kemiskinan mereka. Miskin dunia dan juga miskin akhirat. Dah la miskin, lepas tu tak solat dan puasa pula."

               YB Baihaqi mempersoalkan kepada kami, kalau perkara begini boleh berlaku pada negeri yang mengamalkan islam, dikenali sebagai serambi mekah dan pemimpinnya boleh bercakap mengenai islam. Bagaimana dengan negeri lain? Berapa ramai rakyat Malaysia yang islam tetapi tidak mengenali dan memahami islam?

               Penulis terfikir sebentar. Dengan aktiviti, program, kuliah, ceramah, forum dan kempen yang kerajaan negeri selalu adakan di negeri Kelantan, masih ada lagi yang tidak mengenal apa itu islam.


KISAH KEDUA

               Sewaktu ini penulis tengah berjalan-jalan dengan sahabat penulis, suhairi di KB Mall sambil-sambil mencari pakaian kuliah untuk ke universiti pada bulan september ini. Habis satu Mall kami round cari baju kemeja dan seluar slack walaupun  tengah berpuasa. hihihi...



               Sewaktu tengah khusyu' penulis dan suhairi memilih seluar, tiba-tiba terdengar percakapan seorang pemuda yang berumur dalam 20-an lebih yang tengah bercakap dengan handphone. Orangnya pendek, berjanggut dan membawa bag dibelakangnya. Nampak macam otai je.

Bercakap dalam bahasa kelantan tetapi dimelayukan ye.. hehe

" Aku takpe kalau berbuat dosa dengan ALLAH. Tak ada masalah. Aku ok je"

"Aku dah 2,3 hari tak puasa, ok je. Tak ada masalah apa-apa pun."

"Weh, dengar sini! Apa faedah kalau aku puasa? Tak ada faedah apa-apa pun untuk aku!"

               Pergghhhhh. Sentap jiwa penulis dengar ayat mula-mula. "Aku takpe kalau berbuat dosa dengan Allah." Dengar je ayat tu, penulis perlahan-lahan pandang ke pemuda tersebut. Dah ler pemuda tersebut bercakap dengan nada yang tinggi dan kuat sampai mampu didengari oleh semua orang. Penulis lihat semua orang tercengang apabila mendengar kata-kata pemuda tersebut. Cashier, customer semua tercengang. Semua tengok kepada pemuda tersebut termasuk penulis dan sahabat penulis. Kemudian pemuda tersebut berlalu pergi dari kawasan penulis berada.

               Pada masa tu rasa macam nak pergi terajang je pemuda tu. Tiba-tiba teringat kepada sirah nabawi tentang Rasulullah dan seorang makcik tua. Rasulullah tidak marah walaupun makcik tu menghina nabi dan ajaran nabi bahkan rasulullah dilempar dengan najis dan batu. Tetapi Rasulullah hanya senyum. Membuatkan penulis terfikir sebentar.

               Bila ku sedari, hanya penulis seorang sahaja berketayap ketika itu. Ya Allah, malunya kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan malu kerana berketayap tetapi malu kerana aku tidak mampu melakukan tugas aku sebagai seorang daie ketika itu. Berketayap membuat aku merasakan lebih bertanggungjawab terhadap peristiwa tadi. Namun aku hanya mampu menegur dengan hati dan berhusnuzon kepada orang yang tengah bercakap dengan pemuda tadi bahawa dia tengah menasihati pemuda tersebut.


PENUTUP

Cuba sahabat-sahabat letakkan diri sahabat-sahabat ditempat YB baihaqi dan penulis. Apakah tindakan kita?
1~Tidak ambil peduli
2~Mampu menegur dengan hati
3~Mampu menegur dengan lisan
4~Mampu menegur dengan perbuatan/kuasa

Andai sahabat dan sahabiah mampu melakukan pilihan yang ke-4, Tahniah saya ucapkan!

Suka untuk penulis mengingatkan semula soalan YB Baihaqi...

Andai perkara seperti ini berlaku di negeri yang mengamalkan islam. dikenali sebagai negeri serambi mekah dan pimpinannya boleh bercakap tentang islam. Bagaimana dengan negeri lain?

Berapa ramai di Malaysia yang dikenali sebagai negara islam yang tidak mengenali dan memahami islam?

~Ya Allah, kuatkan hamba-Mu ini untuk menyampaikan dakwah pada jalan-Mu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...