Sabtu, 25 Oktober 2014

Maal Hijrah 1436H

[1 Muharam 1436 H]

Sempena Maal Hijrah, saya ingin mencadangkan kepada semua saudara sesama islam untuk membuka semula buku-buku & kitab-kitab sirah yang berkaitan dengan Hijratur Rasul. Membuat ulang kaji semula tentang sirah nabi semasa Hijrah nabi dari Makkah ke Madinah.

Kebiasaannya semasa saya & sahabat² lain mengendali slot @ modul yang berkaitan dengan sirah, peserta gagal untuk menceritakan secara terperinci tentang sirah. Gagal menceritakan perjalanan sirah nabi secara tersusun, lupa nama² mereka yang terlibat dalam sirah nabi sama ada sahabat nabi @ musuh islam. Kadang² ada yang tak mampu nak menceritakan langsung tentang sirah nabi.

Kebanyakan daripada kita lupa tentang sirah yang cukup penting bagi kita ummat islam. Penting sebagai rujukan dan panduan. Panduan kedua ummat islam selepas Al-Quran. Banyak ibrah (pengajaran) yang kita boleh ambil dari sirah Hijratur Rasul. Sama-sama kita mentelaah kembali sirah nabi.

Antara buku yang dicadangkan untuk pembacaan:

~Sirah Nabawiyah, Mustafa As-Sibaie
~Fiqh Sirah, Syeikh Said Ramadhan Al-Buthi
~Sirah Nabawiyah Raheeq Al-Makhtum, Syeikh Safi Ar-Rahman Al-Mubarakfuri

Untuk memahami hijrah sesuai dengan waqi' semasa, saya cadangkan buku Fiqh Al-Hijrah, SS Dr. Zulkifli Al-Bakri. Kami, ahli SPMM baru sahaja bedah buku tersebut beberapa minggu yang lepas. Kupasan yang menarik daripada SS Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Saya buka juga kepada sahabat² untuk cadangkan buku-buku atau kitab-kitab lain yang berkaitan dengan Hijrah untuk dibaca bersama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Muhammad Afiq Farhan bin Mazlan
Presiden
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM.



Isnin, 13 Januari 2014

Kalam "SANG MURABBI" KH Rahmat Abdullah

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … 

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan … 

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … 

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…. 

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan … 

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … 

Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan… 

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … 

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang ngepas dan peta tak jelas … 

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan … 

Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo … 

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya … 

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya … 

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya … 

Aku rindu zaman itu … 


Ya Rabb … 

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … 

Ya Rabb … 

Berikanlah kami keistiqamahan di jalan da’wah ini …


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rindunya zaman itu.

Hari ini ramai pendakwah memenuhi keperluan diri sendiri dahulu daripada keperluan Jemaah...

Aku rindu saat bersama dengan sahabat seperjuangan dahulu...

Sepenuh hati meletakkan diri dalam perjuangan...

Untuk menegakkan Islam...

Meletakkan keperluan diri ke tepi demi memenuhi keperluan Jemaah...

Sahabat-sahabat seperjuangan, infaqkan diri kita untuk Jemaah Islam...

Kerana Allah berjanji untuk membeli kita dengan Syurga...



Teringat satu pengalaman,

"Akhi, enta sanggup tak untuk pegang amanah ini? Ana minta jawapan yang telus dari hati enta."

"Akhi, Ana infaqkan diri ini untuk islam." [Mengalir air mata menunjukkan keikhlasan hati seorang pejuang islam]






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...