Selasa, 17 Julai 2012

PUASA

               Alhamdulillah, terjumpa satu risalah mengenai Ramadhan yang sangat menarik, ringkas dan padat. Terdiri daripada definisi puasa, jenis-jenis puasa, hukum-hakam tentang puasa, istilah-istilah yang berkaitan dengan puasa, dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan puasa. Insyaallah bermanfaat bagi kita semua lebih-lebih lagi di ambang Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhanul Karim!!!




Definisi
Menahan diri daripada makan dan minum termasuk perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sidik sehingga tenggelam matahari.



Kategori Puasa
Ø      Puasa Fardhu/Wajib - Bulan Ramadan, Puasa Qada' dan Nazar.
Ø   Puasa Sunat - Puasa enam (Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri), puasa pada hari-hari yang ditetapkan seperti Khamis dan Isnin.
Ø      Puasa hari 9-10 bulan Muharram
Ø      Puasa pada hari "aman" - 13/14/15 setiap bulan kecuali Zulhijjah.
Ø      Puasa pada hari Nisfu Syaa'ban - sebagai latihan "pra-Ramadan"

Syarat Wajib
Islam, Baligh, Mumaiyyiz, Berkemampuan/kudrat (untuk berpuasa)

Sah
Islam, mumaiyyiz, suci (haid/nifas), nawaitu, tiada makan dan minum, hari yang diharuskan puasa

Rukun
Nawaitu (Puasa Wajib), tidak makan dan minum serta melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula fajar sidik hingga tenggelam matahari

Sunat
menyegerakan berbuka, melewatkan sahur, membaca Al-Qur'an, berbuka secara "ringan" dan tidak terlalu "berat", tidak bercakap perkara yang tidak berfaedah, ibadat sunat termasuk solat tarawih

Batal
Keluar air mani (sengaja – siang hari) bersetubuh (siang hari), mabuk, tidak sedarkan diri, bersalin, muntah dengan sengaja, memasukkan sesuatu kedalam rongga badan, murtad, haid/nifas, makan/minum, dll.

Harus Berbuka
sakit yang memudaratkan/tiada harapan sembuh, uzur (orang tua), mengandung/menyusukan anak, musafir dll.

Wajib Qada
Musafir, sakit mudarat, haid/nifas/bersalin, mengandung/menyusukan anak (bimbang akan kesihatan diri ibu berkenaan), bekerja berat (seperti ditengah panas terik dan mengangkut beban-beban berat dll seumpamanya)

Wajib Fidyah
Sakit tiada harapan sembuh, bekerja berat, uzur

Wajib Qada/Fidyah
Mengandung/menyusukan anak, lewat qada puasa sehingga Ramadan berikutnya.

Wajib Qada/Kifarah
Berjimak (suami-isteri) pada siang hari (Ramadan)


Definisi - Kifarah
Dam/denda bagi lelaki bersetubuh pada siang hari. Wajib qada/kifarah menerusi - kemerdekaan hamba atau berpuasa 2 bulan berturut-turut atau memberi makanan 60 fakir miskin

 Definisi - Fidyah
Secupak makanan kepada fakir miskin untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan.

 Definisi - Qada
Menggantikan puasa apabila terbatal diatas yang diharuskan (berbuka) oleh syarak.

Perkara Dimaafkan/Makruh

1.      Menggosok/bersugi - namun makruh selepas gelincir matahari.
2.      Menyejukkan badan dengan air (spt. Mandi) ketika pans
3.   Memamah makanan untuk kanak-kanak kecil dengan syarat tidak ditelan.
4.     Makruh memakai bau-bauan
5.     Masuk sesuatu kedalam perut melalui air liur tanpa disedari.
6.    Termakan dengan tidak sengaja
7.     Bangun pagi dalam keadaan junub
8. Bermimpi jima' (ihtilam) dan keluar mani pada siang hari tidak membatalkan puasa (akan tetapi…jika berkhayal syawat sehingga keluar air mani maka batallah puasanya)
9.      Makruh mengecap makanan dengan lidah tetapi tidak ditelan.

Hikmah
Meninggikan taqwa, sihat tubuh badan - penghadaman, mengurangkan penyakit kronik, melatih sifat belas kasihan terhadap golongan miskin, menghancurkan hawa nafsu jahat termasuk syahwat, menghancurkan mazmumah - penyakit hati - spt. Sangka buruk, mengata, mengumpat dll.

Nota
Ø   Menelan air liur bersih yang tidak bercampur dengan benda lain tidak membatalkan puasa - tidak juga disarankan meludah merata-rata.
Ø   Menyuntik ubat ke dalam badan tidak membatalkan puasa kecuali - berbentuk vitamin/makanan - atau cara suntikan yang menolak/menarik (bagi mencampurkan ubat/darah) - pendapat umum jumhur ulama - batal puasanya.
Ø    Menderma darah - pendapat umum jumhur ulama - batal puasanya.
Ø    Berjunub atau perempuan habis haid/nifas waktu malam boleh berpuasa - walaupun melewatkan mengangkat hadas/mandi junub/mandi wajib sehingga terbit matahari.
Ø    Berbuka puasa dengan sengaja tanpa keuzuran adalah haram.
Ø   Mengata, mengumpat, mengadu-domba, memaki, zina pancaindera termasuk mata, berkhayal yang boleh menimbulkan syahwat dll mampu menghilangkan segala pahala puasa - kecuali lapar dan dahaga.
Ø   Berbuka puasa dengan secara "berlebih-lebihan" akan menghilangkan hikmat puasa yang sebenar malah ibarat pada siang hari, kita membungkam nafsu, apabila tiba waktu berbuka, kita merajakan nafsu kembali. Sepatutnya kita lebih banyak mensyukuri rezeki dan menghayati maksud puasa yang sebenar.
Ø   Jumhur ulama berpendapat bahawa merokok (menyedut dan menghembus asap) membatalkan puasa!


Sumber : http://www.geocities.com/pgssajkm/puasa.htmv

               



"Ya Allah, kau sampaikanlah aku kepada Ramadhan kali ini. Kau jadikan aku hambaMu di Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Moga segala amalanku nanti diterima dan diredhai-Mu. Moga Ramadhan kali ini sudi menjadi tetamu agungku! Amiin, ya rabbal 'alamin!"

"Ya Allah, ku mengharapkan Ramadhan kali ini ku dapat berjumpa dengan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Semoga aku menjadi antara hamba-Mu yang bertuah untuk menemuinya"

Selasa, 10 Julai 2012

Fenomena Taman Maahadi



Pagi tadi (9/7/2012) saya dimaklumkan oleh umi yang kawan umi minta saya dan adik saya menasihati seorang anaknya yang belajar di Maahad Muhammadi Lelaki. Masalah yang berkaitan dengan pengajian kitab turath dan pembelajaran akademik. Si anak yang ingin berhenti daripada sesi persekolahan dan berpindah kepada pengajian pondok. Ibubapa yang bimbangkan keadaan anak meminta agar saya dan adik saya memberi sedikit pencerahan dan motivasi.

Saya menulis di sini bukan bermaksud untuk menunjukkan yang saya ini hebat atau yang sama maksud dengannya, cuma ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat.

Bagi situasi di atas, saya ingin berpesan beberapa perkara.

MUQADDIMAH

Apabila ingin melakukan discussion/perbincangan
1- Perbetulkan niat
2- konsep perbincangan, bukannya perdebatan
3- menjawab kepada persoalan yang ditanya
4- bertanya serta merta sekiranya ada perkara yang tidak jelas

HAQ dan BATIL


وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“ Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “
( Al -Baqarah : 42 )

Mereka yang berilmu tinggi dipandang hebat oleh orang ramai termasuk pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML). Apabila mampu "istiqamah" mengaji kitab turath, mereka di gelar "sep ngaji kitab". Saya tak mahu menyentuh panjang tentang isu ini kerana isu ini merupakan isu yang 'hot' dalam kalangan MML tetapi apa yang saya ingin sentuh di sini ialah segelintir daripada mereka yang salah menggunakan istilah "sep ngaji kitab" sebagai lesen untuk mereka melakukan perkara yang melanggari syara'. 

Pada mula-mulanya, golongan segelintir ini mula berdebat dan berhujah dengan kawan-kawan menggunakan ilmu yang dipelajari. Akibatnya mereka dipandang tinggi dalam kalangan kawan-kawan kerana mampu membawa hujah ilmiah dan dalil-dalil naqli (Al-Quran dan Hadis). Golongan yang segelintir ini dengan rasa hebatnya naik kepada satu tahap lagi iaitu mula berhubung dengan perempuan sama ada menggunakan facebook atau handphone. Masih menggunakan kaedah yang sama, bercakap tentang agama dengan rasa angkuhnya padahal ulama' pun merendah diri apabila ditanya soalan kepadanya. Ulama' dahulu merendah diri dengan mengatakan " aku tidak tahu, cuba tanya alim ulama' yang lain. Mungkin mereka lebih mengetahui." Akhir sekali soalan tadi berbalik kepada ulama' yang sama kerana ulama'-ulama' zaman dahulu memberitahu jawapan yang sama. Baru lah ulama' tersebut menjawab persoalan tersebut. Hebatnya ulama' zaman dahulu. Kita?

video


Sambung balik kepada cerita tadi. Mula lah bibit-bibit cinta antara si lelaki dan si perempuan. Bermula dengan mesej ayat-ayat cinta. Saya tak nak mengulas tentang ni secara detail tetapi apa yang saya boleh simpulkan ialah perkara ini melanggari syara' dan perbuatan melakukan maksiat kepada Allah.

Bukankah situasi di atas memberi fitnah kepada mereka yang mengaji kitab turath? 
Mengaji kitab tetapi ego dan sombong
Mengaji kitab tapi berbangga-bangga dengan ilmu
Mengaji kitab tetapi couple

KIAMAT DIKEJAR DUNIA DITINGGALKAN

Saya teringat tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus
"Tak salah mung belajar ilmu dunia tetapi hok salahnya mung tinggal ilmu agama"



mafhum mukhalafah:

Tak salah mung belajar agama tapi hok salahnya mung tinggal dunia. Tetapi saya nak adjust sikit ayat tu, hok mung ngaji agama tu comey dah tapi hok salahnya mung tinggal terus dunia. 

Ayat di atas sesuai digunakan untuk pelajar agama.

Apabila kedengaran tentang kiamat sudah dekat, masing-masing takut dan bimbang. Lebih-lebih lagi apabila dengar tanda-tanda kiamat yang sudah terjadi. Antara petanda kiamat semakin dekat,  
Israel akan menguasai dunia dan Dajjal akan muncul menguasai dunia hanya apabila Sea of Galilee/Tasik Kinneret menjadi kering. Ia adalah laut/tasik yang terbesar dan menjadi sumber air di Tanah Suci.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Rasulullah pun ada bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Nabi Muhammad SAW tidak mengajar kita untuk berputus asa walaupun kita tahu yang esok akan berlakunya kiamat malah menyuruh untuk kita lebih berusaha. 

KHULASAH

Pelajar agama sering ditunggu-tunggu oleh masyarakat di luar sana dengan harapan membawa sinar islam kepada mereka. Ilmu yang dipelajari diajar kepada mereka. Waktu antara maghrib dan isya' di isi dengan tazkirah, ceramah dan khususnya kuliah pengajian kitab turath. Ya Allah, ingin ku lihat setiap masjid dan surau di Malaysia ini mempunyai pengajian pada waktu malam. Bukan hanya cantik pada luaran sahaja tetapi dalaman (pengisian) nya juga. Jangan ada ahli jemaah solat 6 orang, tiang masjid 16 batang, cicak 60 ekor.

 Akhir sekali, pesanan buat sahabat-sahabat saya di luar sana.. Syaitan pun jadi tak ada kerja disebabkan ramai yang dah "volunteer" nak menggantikan syaitan. ~Jangan marah.~  (^_^)



Al-Faqirilallah....

Jumaat, 6 Julai 2012

~Biodata Presiden Mesir Muhammad Mursi~


Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.


Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.


Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr.Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya As-syahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.
Rujukan : Mohammad Azhan , Wikipedia

Revolusi dan Presiden Islam Al-Hafiz

"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "
Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!

~Hajat di hati ingin ke Mesir~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...