Ahad, 30 September 2012

Lantunan Mahabbah USIM 2012

               Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurnia yang melimpah ruah. Saya baru sahaja pulang dari menghadiri Program ICEPS 8 anjuran mahasiswa Tahun 4, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).




               Banyak program yang dianjurkan dan salah satu daripadanya ialah Lantunan Mahabbah Usim 2012. Agenda utama ialah mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Syeikh Zainul Asri bin Mohd Ramli. Majlis ini dimulai dengan alunan Al-Quran surah At-Tin. Kemudian kami mendengar dengan khusyu' amanat yang disampaikan oleh Syeikh Zainul Asri bin Mohd Ramli, Mudir Maahad Darul Hadis, Kedah.



               Beliau menggunakan buku 50 Akhlak Salafussoleh dalam menyampaikan amanat beliau dan amanat beliau dibahagikan kepada 3 slot. Sebelum bermula setiap slot tersebut, kami disajikan dengan bait-bait Qasidah memuji Nabi Muhammad Rasulullah SAW oleh kumpulan Qasidah Usim dan kumpulan Qasidah Maahad Darul Hadis. Bagi saya, program ini cukup bermanfaat dan sangat menarik buat saya.

Ingin saya kongsikan beberapa pesanan Syeikh Zainul Asri yang sempat saya catit buat tatapan sahabat dan sahabiah semua...


  • Orang yang paling berjaya ialah orang yang berjaya menempatkan dirinya ke dalam Syurga.
  • Syirik : campur tangan yang lain selain daripada Allah
  • Ikhlas ialah orang yang menyembunyikan amalan kebaikannya seperti dia menyembunyikan kejahatannya.
  • Orang yang ikhlas tidak peduli atau tidak merasai apa-apa pun perasaan bangga dan riya' apabila orang lain memuji atau sakit hati apabila memaki/mengkritiknya
  • Doa Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dipuji...

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ 

وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ


maksudnya:  

"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan dan ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka..."
  • Tujuan berdoa untuk menzahirkan rasa kehambaan dalam diri manusia
  • Jangan di fikir tentang rezeki dan jangan susah hati tentang rezeki kerana Allah telah menetapkan rezeki kita.


  • Jangan bergantung kepada manusia!
  • Jangan pernah menduakan Allah SWT.
  • Doa bagi perempuan yang belum kahwin, hadiah daripada Syeikh Zainul Asri.. (muslimat kena selalu amalkan ye...)

" اللهما سخرلي زوجا صالحا يختبوني ويتزوجني ويكون صاحبالي في الدنيا والجنة "

  • Islam mengajar ingat tentang MATI itu sesuatu yang positif manakala sekular mengatakan yang ingat mati itu negatif
  • Pesanan daripada salah seorang guru Syeikh Zainul Asri, "apabila kamu pergi ke kubur, ambil lah satu benda untuk dijadikan sebagai "cenderamata" buat kamu." Maka Syeikh Zinul Asri mengambil tanah kubur sebagai "cenderamata" seperti mana yang dipesan oleh guru beliau. Kemudian guru beliau menyuruh beliau letakkan tanah itu ditempat beliau belajar agar sentiasa ingat kepada mati.


  • Jangan tengok kepada siapa yang memberi nasihat tetapi lihat kepada apa isi nasihat tersebut.
  • Kita mesti menjadi 2 golongan ini iaitu boleh memberi nasihat dan boleh menerima nasihat atau dinasihati.
  • Pemimpin lebih-lebih lagi patut menerima nasihat kerana pemimpin umpama orang yang berada di atas pokok. Orang bawahan atau rakyat dari bawah yang lebih mengetahui di mana kedudukan semua buah. Jadi pemimpin sepatutnya mendengar nasihat orang yang berada di bawah mereka.
  • Banyakkan muhasabah. Peringkat: Muhasabah - Keinsafan - Astaghfirullah (memohon maaf kepada Allah).
  • Orang yang BAIK ialah orang yang banyak MUHASABAH.
  • Sebab kenapa kita selalu was-was ialah kita dipengaruhi oleh Syaitan.
  • Orang yang Pemurah ialah orang yang memberi tanpa diminta
  • Orang yang Pemurah juga ialah memberi perkara atau barang yang paling kita sayang sekali.
  • Kebanyakkan orang Auliya' ialah orang yang pemurah dan kebanyakkan orang yang pemurah naik martabat Auliya'.

               Penulis rasa bertuah kerana dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut. Akhir sekali, saya ingin kongsikan satu cerita daripada Syeikh Zainul Asri ketika beliau menjawab sesi soal jawab. Tanpa disedari, air mata penulis mengalir apabila mendengar cerita ini. Perasaan sebak terpaksa ku tahan ditengah-tengah orang ramai.

               Cerita ini mengisahkan tentang kawan Syeikh Zainul Asri (Abdullah-bukan nama sebenar) semasa belajar di Maktab Mahmud. Abdullah dihantar ke sekolah agama oleh ayahnya dengan harapan Abdullah menjadi ustaz tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah ayahnya tidak pernah solat. Maka Abdullah memikirkan cara bagaimana hendak mengajak ayahnya melakukan rukun islam yang ke-2 iaitu Solat lima waktu sehari semalam.

               Apabila ayahnya berada di rumah, Abdullah tak pergi solat di masjid tetapi solat di rumah. Semasa solat di rumah, Abdullah akan melaungkankan azan dan solat sunat rawatib. Kemudian dia iqamah dan akan menghamparkan sejadah untuk solat. Sejadah yang disediakan bukan hanya satu sejadah tetapi dua sejadah. Satu sejadah untuk dia dan satu sejadah lagu disediakan khas untuk ayahnya. Dia tetap istiqamah melakukan perkara tersebut setiap waktu solat walaupun ayahnya tetap tidak hadir solat bersama dengannya.

               Suatu hari ketika waktu maghrib, amalan biasa yang dilakukan oleh Abdullah. Azan dilaungkan, solat sunat rawatib dan kemudian Abdullah iqamah. Tiba-tiba ayahnya hadir di sejadah yang khas dia sediakan untuk ayahnya. Maka mengalir air mata kegembiraan seorang anak yang soleh.....;-)

p/s: sekiranya sahabat-sahabat yang hadir Lantunan Mahabbah ingin berkongsi ilmu, dipersilakan ye komen di bawah...(n_n)


Jumaat, 28 September 2012

### BAJET 2013 ###


Jom kita Teliti, Analisa & Komen secara Kritis....
Jadilah Anak Muda yang Peduli tentang Nasib Negara!!!
~Anak Muda Sayang Malaysia~






Info : http://1malaysia.com.my/infographics/sorotan-bajet-2013/


Jumaat, 7 September 2012

Surat Sahabat Seperjuangan buat Diriku



Assalamualaikum.

Wahai Sahabatku,

         Andai PERJUANGAN ini perjuangan yang benar maka pertahankan ia. Andai Perjuangan ini lemah maka bangkitkan semangat sahabat yang lain untuk membela perjuangan ini. Sekiranya aku terjatuh sehinggakan aku terleka dengan realiti sebenar maka sedarkan aku. Seandainya perjuangan ini dapat memberikan aku gelaran syuhada' maka syahidkan aku dalam perjuangan ini walau tanpa kehebatan atau kemasyhuran tapi aku mahu pejuang yang akan datang lebih hebat dan mantap dariku.



         Afiq, sememangnya hati ini seketul daging. Daging yang boleh berubah jika diubah. Maafkan aku jika apa yang aku buat selama ini ada kesilapan dan kekurangan. Aku keliru dengan diri aku.

         Andai ini takdirku aku terima. Doakan aku berubah menjadi pemimpin yang dapat memberikan contoh yang terbaik kepada generasi yang akan datang. Aku mohon darimu mendoakan diriku berjaya dunia dan akhirat. Sahabat merupakan nadi semangat aku untuk berjuang kembali. Sesungguhnya aku menyesal tidak dapat menyumbangkan sebaiknya dalam jemaah Islam ini. Aku kecewa dengan diriku.

        Aku doakan kita berdua akan kekal bersama sehingga ke titis darah terakhirku. Aku bertekad untuk bebaskan Malaysia dari Jajahan "U**O."

8.45 am
khamis
23/9/2010
MUKTAMAR SANAWI BALKIS KALI KE-3

"PERTINGKATKAN KUALITI JEMAAH,
PERKASAKAN TARBIAH DAN DAKWAH"



Badan Dakwah Maahad Muhammadi Lelaki



Muktamar Tahunan Balkis



Barisan Ahli Majlis Tertinggi BALKIS 2010



Antara Barisan Exco Lajnah Balkis



Antara Perwakilan Muktamar Sanawi Balkis kali ke-3


p/s : Teringatkan sahabat seperjuangan di Maahad Muhammadi Lelaki (MML), semoga antum kekal memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. Ana sayang antum semua. Kita jumpa di Syurga. INSYAALLAH!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...