[1 Muharam 1436 H]
Sempena Maal Hijrah, saya ingin mencadangkan kepada semua saudara sesama islam untuk membuka semula buku-buku & kitab-kitab sirah yang berkaitan dengan Hijratur Rasul. Membuat ulang kaji semula tentang sirah nabi semasa Hijrah nabi dari Makkah ke Madinah.
Kebiasaannya semasa saya & sahabat² lain mengendali slot @ modul yang berkaitan dengan sirah, peserta gagal untuk menceritakan secara terperinci tentang sirah. Gagal menceritakan perjalanan sirah nabi secara tersusun, lupa nama² mereka yang terlibat dalam sirah nabi sama ada sahabat nabi @ musuh islam. Kadang² ada yang tak mampu nak menceritakan langsung tentang sirah nabi.
Kebanyakan daripada kita lupa tentang sirah yang cukup penting bagi kita ummat islam. Penting sebagai rujukan dan panduan. Panduan kedua ummat islam selepas Al-Quran. Banyak ibrah (pengajaran) yang kita boleh ambil dari sirah Hijratur Rasul. Sama-sama kita mentelaah kembali sirah nabi.
Antara buku yang dicadangkan untuk pembacaan:
~Sirah Nabawiyah, Mustafa As-Sibaie
~Fiqh Sirah, Syeikh Said Ramadhan Al-Buthi
~Sirah Nabawiyah Raheeq Al-Makhtum, Syeikh Safi Ar-Rahman Al-Mubarakfuri
Untuk memahami hijrah sesuai dengan waqi' semasa, saya cadangkan buku Fiqh Al-Hijrah, SS Dr. Zulkifli Al-Bakri. Kami, ahli SPMM baru sahaja bedah buku tersebut beberapa minggu yang lepas. Kupasan yang menarik daripada SS Dr. Zulkifli Al-Bakri.
Saya buka juga kepada sahabat² untuk cadangkan buku-buku atau kitab-kitab lain yang berkaitan dengan Hijrah untuk dibaca bersama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Muhammad Afiq Farhan bin Mazlan
Presiden
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan