Halaman

Isnin, 9 Mac 2015

Usrah terakhir bersama Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Malam ini, saya buka semula nota usrah bersama Ustaz Dato' Abu Bakar Chik. Usrah terakhir bersama beliau sebelum beliau meninggal dunia keesokan paginya akibat kemalangan.

Antara pesanan allahyarham Ustaz ABC,

"Saya bukan bercakap pasal orang lain, saya cerita pasal peranan tuan-tuan.

Contoh: ekonomi. Kita ada ramai pakar ekonomi, tetapi mana perancangan ekonomi untuk ummah?

Ramai yang pandai bercakap & post di dalam facebook, tapi mana gerak kerja ekonomi?"


Termuhasabah seketika. Benar, hari ini kita banyak memberi pandangan dan idea. Siapa yang ingin melaksanakannya?

Pesan seorang saudara, "Walk the talk akhi".. Maksudnya kamu sendiri buat apa yang kamu cakap, apa yang kamu cadang. Itu yang terbaik sebenarnya.

Nukilan Al-Faqir ilallah Pengaman Sanubari.
1.24 am, 9 Mac.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...