Sedikit lontaran pandangan awal daripada moderator Forum Bicara Ramadhan tentang tajuk forum yang diberikan. "Pentarbiyahan Ramadhan, Mencetus Paradigma Anak Muda".
Saudara Muizzudin berada di bahagian kanan |
MUHAMMAD MUIZZUDIN ZAINI.
UNIVERSITI MU'TAH, JORDAN.
Tarbiyah, literalnya, adalah tumbuh. Ia membenih, mengakar, lalu bertunas. Kemudiannya, membesar berdikit–dikit. Perlahan, dan sabar. Lama–kelamaan, ia berbatang, bercabang. Ahirnya berbuah ranum selepas berputik dan sebelum itu berdaun.
Lalu,
Tarbiyah, literalnya, adalah tumbuh. Ia membenih, mengakar, lalu bertunas. Kemudiannya, membesar berdikit–dikit. Perlahan, dan sabar. Lama–kelamaan, ia berbatang, bercabang. Ahirnya berbuah ranum selepas berputik dan sebelum itu berdaun.
Lalu,
Bagaimana Ramadan 'menumbuhkan' paradigma?
Sebelum itu, "Apa itu PARADIGMA?"
Dan, paradigma yang bagaimana harus tumbuh, dan memugar dalam dada dan minda anak muda? Kita!
Apa falsafah agung di sebalik puasa? Islam; deen yang kaya dengan, atau tepatnya pasti ada, 'sense of purpose' pada setiap ranahnya ini, meletakkan apa pada puasa sebagai 'sense of purpose'–nya? Dan, apa kaitannya dengan bertumbuhnya paradigma anak muda?
Ibn Mas'ud meriwayatkan, pesan Baginda Nabi SAW pada kita anak–anak muda:
"Siapa–siapa antara kalian yang mampu, maka bernikahlah. Sesungguhnya, ia menundukkan pandangan, dan menjaga kemaluan. Siapa–siapa yang tak mampu, maka BERPUASALAH. Sesungguhnya, ia, bagi kalian, adalah WIJA'."
Namun, harus ditanya, bagaimana puasa - sebenarnya - boleh jadi Wija'? Realiti seputar kita tidak begitu. Puasa tidak berjaya mengekang marak dan maranya nafsu. Tidak sedikit, anak–anak muda yang tewas!
Hari ini, saat dan tika ini, Ramadan berbaki sedikit waktu sahaja lagi. Apakah dua pertiga Ramadan berlalu itu, dikira cemerlang? Bagaimana mengukurnya? Apa ukurannya? Kita harus muhasabah. Kita!
Dan, sa–puloh terakhir Ramadan ini, harus kita lalui penuh hati–hati dan dengan 'hati'. Bagaimana harus kita laluinya?
Bagaimana, Ramadan sebenarnya berjaya [Mencetus Paradigma Kita]? Kalian mahu tahu jawapannya? Atau kalian juga punya persoalan–persoalan yang sedang berlarian berhambatan di minda? Kita hidupkan wacana PETANG ESOK! Insha–allah.
Debaran makin terasa. Nantikan pula pandangan dan ulasan daripada panel-panel jemputan. Hadirkan diri anda ke program Ifthor Jamaie AMAL 1433H pada esok hari, 10 ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H di Dewan MARA, Kota Bharu bermula 4.15 petang. Jangan terlepas peluang keemasan….(~_n)
2 ulasan:
the beauty of puasa ni org tak nampak. Teruskan perjuangkannya.
Insyaallah bro...
Amalkan puasa hakiki (yg sbenarnya)..
bukan stakat tahan lapar, x makan & x minum..
~Jom Cari Laialatul Qadr~
Catat Ulasan