Alhamdulillah.... Tiada kata yang cukup indah melainkan kalimah-kalimah yang memuji dan memuja Allah Subhanahu wa Taala. Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulillah Salallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda dan para sahabat.
Bersyukur kepada Allah, peluang untuk memasuki Darus Syifa' telah dibuka kepada semua orang untuk mempelajari Perubatan Islam. Bagi saya, ilmu perubatan islam antara ilmu penting yang perlu dipelajari bagi seorang pendakwah atau daie. Banyak kelebihan yang kita dapat sekiranya mempelajari ilmu ini. Paling kurang, ia menguatkan kerohanian diri kita dengan doa-doa Syifa'.
Tidak lupa juga, Darus Syifa' atau nama manjanya DS diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din yang merupakan ulama' tersohor dan dikenali ramai.
Di sini saya sertakan cara permohonan untuk menjadi seorang ahli Perubatan Islam Darus Syifa'. Namun temuduga akan diadakan bagi menyertai dan mempelajari ilmu Darus Syifa'... Maka bersiap sedia lah sahabat sahabiah yang ingin menyertai DS kerana ilmu ini hanya untuk orang yang terpilih sahaja!
Disertakan juga link website Darus Syifa':
http://www.darussyifa.org/index.php
PERMOHONAN PELAJAR BARU SESI 2013
PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANDAR BARU
BANGI
UNTUK KUMPULAN KE-25 SESI 2013
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 NOVEMBER 2012 @ 12:00 MALAM
TARIKH TEMUDUGA: 24 & 25 NOVEMBER 2012
CARA PERMOHONAN:
Sila isi borang yang boleh dimuat turun di link berikut:
http://www.darussyifa.org/Borang/BorangPermohonanDarussyifaPusat2013_Iss1.pdf
PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti
berikut;
Tarikh: 24 & 25 November 2012
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi
Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak
dipertimbangkan.
|
Logo Darus Syifa' |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
(a) Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan
borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
(b) Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
(c) Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti
kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan satu
salinan Kad Pengenalan.
(e) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan.
(f) Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih
calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
(g) Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan
akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat
permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
(h) Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup
dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun (bayaran ini untuk pendaftaran,
buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran
bayaran minimum ialah RM 250.00.
(i) Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri
sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di
Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah
dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid
dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
Sebarang pertanyaan sila emailkan ke darussyifa.malaysia@gmail.com atau telepon
pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Hisham (012-2398573) atau
Ustaz Jufry (019-3634124) dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja.
http://www.darussyifa.org/Borang/BorangPermohonanDarussyifaPusat2013_Iss1.pdf
www.darussyifa.org
"Doakan saya dapat mempelajari ilmu Perubatan Islam. Mohon dipermudahkan urusan"