Halaman

Jumaat, 29 Mac 2013

PERANAN SEORANG PEMIMPIN



Menurut perspektif Islam, ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:

1. Pelayan (Khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu menjadi tanda kemuliaan baginya. Ini kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu berkhidmat dan menjadi pelayan bagi pengikut atau rakyatnya. Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia menafkahkan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berpikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya. Demikianlah pemimpin sejati berteladankan Rasulullah SAW. Bukan seperti pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu inginkan sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

2. Pemandu (Muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang membawa atau mendorong pengikutnya kepada jalan yang terbaik agar selamat sampai kepada tujuan yang sebenar. Ini akan hanya tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM
Perlu disedari, dalam memilih pemimpin, ada tanggungjawab yang akan dipikul di hadapan Allah SWT terhadap pilihan kita. Di antara ciri2 pemimpin dalam Islam, ialah:

1. Jujur
Pemimpin Islam mestilah jujur terhadap dirinya sendiri serta pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik yakni pemimpin yang perkataannya selari dengan perbuatannya.

2. Layak
Kelayakan di dalam kepimpinan serta ilmu2 berkaitan mestilah dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orangramai hanya akan mengikuti seseorang jika mereka benar-benar meyakini bahawa orang yang memeompin mereka benar-benar berilmu serta mengetahui apa2 yang sedang dan akan dilakukannya.

3. Pendorong (Inspirasi)
Orang ramai akan merasa lapang sekiranya pemimpin mereka membawanya pada rasa tenang dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk mana sekalipun situasi yang sedang dihadapi.

4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah bersabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan masalah, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil sebarang keputusan dalam apa jua situasi. Segala keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan yang teliti.

5. Rendah diri
Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah diri, tidak suka menunjukkan kelebihannya (riya') serta tidak merendahkan atau menghina orang lain.

6. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di—rahimahullah—mengatakan: "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya—padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan pemimpin2 selain baginda?"

7. Berkomunikasi dengan rakyatnya
Seorang pemimpin Islam juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang ramai. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi dengan mengenepikan sikap emosional atau kepentingan sendiri. Dan yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil satu tindakan yang tepat di dalam apa jua keadaan.

RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN

1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luas
Seluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman AS memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad SAW dapat menyelesaikan berbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin mampu memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.

2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah
Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibawaaan, ketawadhu'an, kesabaran, keyakinan, dan sifat tawakkal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang kukuh.

3. Teladan
Ketika Rasulullah SAW mengajak para sahabat berjihad, beliau bertempur di depan sekali, paling banyak bersedekah dan hidup paling bersahaja. Ketika baginda menyuruh bertahajjud, bagindalah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, bagindalah manusia yang paling mulia akhlaknya.

CIRI-CIRI PENGIKUT DALAM ISLAM

1. Taat
Seorang pengikut harus sentiasa patuh kepada pemimpin. Sekiranya pemimpin dipilih berdasarkan jalan musyawarah, maka wajib bagi pengikutnya untuk mematuhi pemimpin tersebut, kecuali pemimpin secara terang-terangan telah melanggar perintah Allah.

2. Dinamis dan kritis
Seorang pengikut harus dinamis dan kritis dalam mengikuti kepemimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan kepatuhan membuta tuli. Ini kerana manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja petunjuk yang benar dan harus diikuti.

Wallahua'lam.

Khamis, 21 Mac 2013

Sudah Selesai Tanggungjawab Kita?


Pemuda pemudi sudah mula lemau dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya....
membazir masa bergayut dengan awek, usha awek tu usha awek ni, mencari tempat-tempat lagha sprti karaoke dll...



Berbahas sesuatu perkara dgn berani namun tiada isi dan hujah yg kuat sperti menunjukkan kebodohan yang dilindungi selama ini...


Berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang kecil (motor, kereta, hp canggih) dan tertinggal kejayaan-kejayaan yang besar (imam solat, ikon muslim & muslimah berjaya)...



Cukup cukup sudah...

Andai diri ini tak kenal Allah SWT, apa guna kita kenal & hafal cerita tokoh-tokoh barat?

Andai diri ini tak mampu memahami apa itu islam dan takut utk bercakap mengenai islam, maka apa guna bijak berfikir & pandai berpidato?

Andai diri ini belum mampu membezakan solat ku ini cukup rukun & syaratnya, maka apa gunanya pandai belajar & pandai mengajar?

Banyakkan menuntut ilmu (ta'lim) dan didik (tarbiyyah) diri kita ke arah Individu Muslim (Fardhul Muslim)...



Ibnu Abbas pun bersusah payah mengaji, menelaah & mengarang kitab walaupun di doakan oleh nabi (Allahumma faqihhu fiddin wa 'allimhu takwil)..

Siapakah kita utk bersenang lenang & menunggu ilmu itu hadir dlm hati kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...