Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pesanan buat diriku dan orang di sekeliling ku

        Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Allah yang maha pemurah yang sememangnya layak menerima segala pujian. Walaupun manusia yang di puji, namun secara hakikatnya pujian itu masih ditujukan kepada Allah sebab Allah SWT yang mencipta manusia. Andai alam ini yang dipuji kerana keindahannya, maka Allah yang selayaknya menerima pujian tersebut kerana Allah yang mencipta alam ini. Salahkah kita menggunakan akal yang cetek dengan ilmu ini untuk memikirkan kekuasaan dan kebesaran Illahi??? Inilah sifat manusia yang selalu leka dan alpa, tidak sedar tentang keagungan Allah SWT…
So, ku nukilkan pesanan yang serba kekurangan ni buat PERINGATAN untuk diriku dan orang yang berada di sekeliling ku.. dibahagikan pesanan ini kepada beberapa bahagian supaya tak menjadi panjang sangat dan bosan kepada pembaca semua. Harap dapat mengambil manfaat dari risalah ini.. andai diriku salah, tegurlah kawan-kawan!!! Supaya aku tidak berada di jalan yang salah.. aku mengharapkan keredhaan Illahi bukannya keredhaan insani..

Part A

Rumah Allah yang semakin hari semakin kesunyian

                Sudah hilang suara qari & qariah di masjid, sekarang diganti dengan suara nyanyian karaoke.
                Pada era millennium ini, bacaan quran oleh syeikh masyari, sudais tidak dibenarkan lagi dipasang di speaker masjid pada waktu 5 pagi—katanya “mengganggu masa tidur” tetapi konsert yang diadakan sehingga 2 atau 3 pagi dibenarkan pula… bunyi mercun bagi menyambut Tahun Baru dan Hari Kemerdekaan disambut dengan suara keriangan, namun suara azan disambut dengan kemarahan..”siapa pula yang melalak ni!!!”.. inikah ayat yang digunakan bagi menjawab seruan Illahi???

~ menjadikan diriku semakin konfius dengan situasi di sekelilingku

Bila berkaitan dengan masjid je, berat rasa hati hendak melakukannya.. realiti zaman sekarang, tidak salah penulis mengatakan yang manusia sudah tidak mahu lagi menjejak kaki ke masjid. Bagi mereka pergi ke masjid/surau membuang masa, membazir tenaga dan minyak (motor, kereta dll), kerja banyak lagi yang selesai.. realiti remaja, tak sempat nak studi. Solat kat bilik lagi cepat, kat masjid lambat. Imam wirid lama sangat, imam bukannya nak doa terus selepas habis solat.. (salah ke wirid?? Aku pun tak faham remaja sekarang ni..apa yang diorang nak sebenarnya??).. antara alasan lain, “rumah aku jauh dengan masjid/surau, kirim salam aku je lah kepada imam ye”… best je ayat/alasan yang diberi.. biasa la kan, manusia. Merujuk kepada satu hadis, tidakkah kita merasakan bahawa kita ni seorang yang sangat rugi kerana mementingkan duit dunia berbanding pahala akhirat yang dijanjikan Allah??

Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jemaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.”

(Muslim)


                Ingatlah Ikhwan wal Akhawat, destinasi kita tak terhenti di sini, kita masih ada destinasi yang hendak di tuju bahkan kekal abadi berbanding alam yang fana ini. Jadikanlah Rumah Allah sebagai wasilah untuk kita sampai ke Syurga. Rumah Allah bukan untuk dijadikan bahan pameran atau tempat pelancongan (masjid kristal) tapi Rumah Allah dibangunkan untuk meletakkan kepala kita yang mulia ini untuk sujud kepada Allah SWT. Itu merupakan salah satu cara untuk menunjukkan sifat kehambaan kita kepada Allah. Masjid bukannya tempat persinggahan tidur, mandi dan tempat pembuangan najis (kencing dan berak) semasa bermusafir tapi tempat untuk kita memohon kepada Allah SWT semoga perjalanan musafir kita selamat dan diberkati Allah.

                Flashback pada zaman rasulullah, apabila azan dilaungkan oleh Saidina Bilal bin Rabah, menandakan bahawa sudah masuk waktu untuk solat. Waqi’ Kota madinah pada masa tu, semua manusia memberhentikan kerja mereka. Peniaga-peniaga meninggalkan gerai mereka dengan yakin bahawa barangan jualan mereka tidak akan hilang dan terus pergi menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Kenapa para peniaga sangat yakin yang barang mereka tidak akan dicuri walaupun ditinggalkan tanpa “security guard”? ini kerana semua manusia meninggalkan urusan dunia dan pergi menghadap Allah SWT. Tidakkah suasana ini yang diimpikan semua?? Selamat untuk meninggalkan barang-barang di mana-mana sahaja, tidak perlu takut kepada peragut, pencuri.  Selain itu juga, masjid merupakan tempat untuk ummat Islam berkumpul. Andai terdapat pengumuman, maka masjid menjadi tempatnya. Kenapa?? Kerana semua ummat Islam berkumpul di masjid pada masa itu, ummat Islam banyak menghabiskan masa di masjid untuk beribadah kepada Allah. Amalan bertadarus Al-Quran, solat sunat, halaqah Ilmu, iktikaf di masjid dihidupkan di masjid pada zaman rasulullah, bagaimana dengan masjid ummat Islam zaman sekarang??  Kebanyakkan masyarakat zaman sekarang suka “menziarahi” pusat membeli-belah, mall, pasar dll.. mereka tak sedar yang tempat-tempat tersebut merupakan tempat “lepak” iblis-iblis dan keturunannya….

“Ya Allah, aku rindukan suasana di zaman Rasulullah di mana masjid menjadi tumpuan ramai, sentiasa di penuhi oleh ummat Islam. Dapatkah aku merasai suasana tersebut sebelum aku tinggalkan dunia ini??”

Dalil-dalil yang berkaitan dengan Rumah Allah dan solat..

Hadis :
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”

”Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(QS. At-Taubah, 9:18)
Hadits riwayat Usman bin Affan ra: ”Barang siapa yang membangun sebuah masjid karena mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka Allah akan membangun untuknya sebuah rumah di syurga. (H.R Bukhari dan Muslim)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
(Al-Baqarah, 2:114)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Al-Jumu’ah, 62:9)

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
(Al-Jinn, 72:18)


Wallahua’lam..
Al-FaqirILALLAH~Pengaman sanubari

1 ulasan:

hamba ALLAH berkata...

syukran atas peringatan ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...