Halaman

Jumaat, 11 November 2011

KHUTBAH JUMAAT (11.11.11) yang bertajuk SAMBUTAN ULANGTAHUN KEBAWAH DULI YM SULTAN MUHAMMAD KE-5

DI MASJID RIYADHUL JANNAH, BERIS KUBOR BESAR

Firman Allah SWT

                Wahai orang-orang beriman!! Taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada RASULULLAH dan juga kepada “ولي الامر” daripada kalangan kamu, maka jika kamu berselisih atau berbantahan dalam suatu perkara maka hendaklah kembali kepada kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok kesudahannya


Alhamdulillah, kita sebagai rakyat Kelantan dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan sambutan ulangtahun hari keputeraan kebawah duli YM Sultan Muhammad ke-5, sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan darul naim. Sebagai raja pemerintah dan ketua agama islam di negeri ini iaitu ”ولي الامر” sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 6 (1) undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan negeri Kelantan.

Ikhwanil muslimin,

                Dalam persada sejarah negeri Kelantan merekodkan bahawa istana menjadi lambang kedaulatan pemerintahan dan pada masa yang sama istana jugalah menjadi markaz, pusat agama islam.

·         Pemerintahan Long Yunus (1775 - 1794)
Ø  Baginda menjadi penaung yang utuh terhadap perkembangan dan kemajuan agama islam
Ø  Baginda telah meletakkan seorang tokoh ulama terbilang diwaktu itu, Tuan Syeikh Hj. Abd Halim yang memainkan peranan dalam bidang dakwah, sebagai tenaga pengajar di istana dan masyarakat seluruhnya.
·         Pemerintahan Sultan Muhammad ke-1 (1800 - 1837)
Ø  Baginda mewakafkan beberapa buah rumah di tanah suci Mekah untuk dijadikan rumah kediaman para pelajar yang menuntut ilmu keagamaan di sana
Ø  Langkah tersebut diambil atas nasihat olej penasihat sultan iaitu Tuan Syeikh Hj. Abd Halim
·         Pemerintahan Sultan Muhammad ke-2 (1839 - 1886)
Ø  Baginda menitahkan agar dibangunkan sebuah masjid di Bandar Kota Bharu iaitu “ Masjid Muhammadi” sekarang ini yang ditubuhkan pada tahun 1867.
Ø  Masjid Muhammadi dijadikan sebagai pusat pengajian agama dan pusat keilmuan islam
Ø  Tokoh-tokoh islam mengiktiraf Masjid Muhammadi adalah institusi terbuka yang ulung di negara kita dalam konsep universiti terbuka yang dikenali sekarang.
·         Pemerintahan Sultan Ahmad (1886 - 1889)
Ø  Dalam zaman pemerintahan baginda telah muncul sederetan ulama’ masyhur diantaranya ialah imam Haji Wan Daud.
·         Pemerintahan Sultan Muhammad ke-3 (1889 - 1890)
Ø  Mereka yang didapati bersalah kerana MENCURI maka hukuman yang dilaksanakan pada ketika itu ialah POTONG TANGAN.
·         Pemerintahan Sultan Mansur (1890 - 1900)
Ø  Juga menjalankan pemerintahan mengikut jejak ayahandanya.
·         Pemerintahan Sultan Muhammad ke-4 (1900 - 1920)
Ø  Bagindalah yang menitahkan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334H

Ikhwanil Muslimin,

                Perlu disedari bersama, masyarakat melayu islam di negeri Kelantan ini, dengan segala ciri dan coraknya yang ada pada hari ini sebenarnya telah terbentuk dalam suatu suasana persekitaran sejarah yang cukup hebat, yang cukup gemilang. Raja, pembesar negeri dan rakyat sentiasa bersatupadu, bermuafakat,berganding bahu dengan penuh kebijaksanaan mendukung amanah sebagai pengawal ajaran agama islam, kebudayaan dan adat istiadat melayu dan kepentingan bangsa melayu.

                Sebagai rekod kajian, 3 orang tokoh pembesar negeri Kelantan iaitu Haji Nik Mahmud bin Wan Ismail (Dato’ Bentara Setia) Haji Muhammad bin Khatib Haji Muhammad Said (Dato’ Laksamana) dan Tok Kenali telah memainkan peranan utama, mengangkat sembah cadangan kehadapan kebawah duli YM Sultan Muhammad ke-4 untuk menubuhkan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Ikhwanil Muslimin,

                Sejak kedatangan Islam di rantau ini telah menjadikan system beraja begitu hebat dan lebih bermakna. Sejak bangsa melayu menerima dan menganut agama islam maka raja didaulatkan.

                Raja didaulatkan oleh rakyat dengan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi manakala raja sebagai ”ولي الامر” yang mendapat taat setia daripada rakyat akan melindungi rakyat, memayungi rakyat dengan pemerintahan yang menjamin berlaku keadilan, keamanan, kemakmuran, dan kesejahteraan.

Rasulullah bersabda:

                السلطان ظل الله في الارض
Bermaksud: Sultan itu adalah bayangan keadilan Allah di muka bumi

                Raja sebagai keadilan Allah bermaksud bahawa rajalah tempat hamba rakyat menumpang berteduh. Orang-orang yang lemah, rakyat yang memerlukan bantuan, perlindungan, mereka yang terabai atau diabaikan maka raja pemerintah akan melakukan pembelaan sewajarnya.

                Bagi umat islam yang berbangsa melayu, perlu sedar bahawa raja @ sultan adalah tonggak kedaulatan bangsa, pelindung kepada kemajuan agama islam.

                Raja yang berdaulat akan melindungi bangsa, melindungi agama islam dan membela rakyat. Timbal balik rakyat akan terus menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Wallahua’lam..

p/s: penulis hanya mengambil sebahagian sahaja dari Khutbah Jumaat & diambil daripadanya isi-isi penting.
p/ss: rupa-rupanya hukum hudud ni dah dijalankan di negeri kelantan. so, tak mustahil sejarah akan berulang kembali..(n_n)

Al-faqirilallah
pengaman sanubari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...