Halaman

Selasa, 9 Oktober 2012

Darus Syifa' menjadi Pilihanku

            Alhamdulillah.... Tiada kata yang cukup indah melainkan kalimah-kalimah yang memuji dan memuja Allah Subhanahu wa Taala. Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulillah Salallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda dan para sahabat.

            Bersyukur kepada Allah, peluang untuk memasuki Darus Syifa' telah dibuka kepada semua orang untuk mempelajari Perubatan Islam. Bagi saya, ilmu perubatan islam antara ilmu penting yang perlu dipelajari bagi seorang pendakwah atau daie. Banyak kelebihan yang kita dapat sekiranya mempelajari ilmu ini. Paling kurang, ia menguatkan kerohanian diri kita dengan doa-doa Syifa'.

            Tidak lupa juga, Darus Syifa' atau nama manjanya DS diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din yang merupakan ulama' tersohor dan dikenali ramai.





            Di sini saya sertakan cara permohonan untuk menjadi seorang ahli Perubatan Islam Darus Syifa'. Namun temuduga akan diadakan bagi menyertai dan mempelajari ilmu Darus Syifa'... Maka bersiap sedia lah sahabat sahabiah yang ingin menyertai DS kerana ilmu ini hanya untuk orang yang terpilih sahaja!

Disertakan juga link website Darus Syifa': http://www.darussyifa.org/index.php




PERMOHONAN PELAJAR BARU SESI 2013


PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI
UNTUK KUMPULAN KE-25 SESI 2013

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 NOVEMBER 2012 @ 12:00 MALAM
TARIKH TEMUDUGA: 24 & 25 NOVEMBER 2012

CARA PERMOHONAN:
Sila isi borang yang boleh dimuat turun di link berikut:
http://www.darussyifa.org/Borang/BorangPermohonanDarussyifaPusat2013_Iss1.pdf


PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

Tarikh: 24 & 25 November 2012
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi

Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.

Logo Darus Syifa'


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

(a) Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.

(b) Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

(c) Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan satu salinan Kad Pengenalan.

(e) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

(f) Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

(g) Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak.  Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

(h) Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun (bayaran ini untuk pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran minimum ialah RM 250.00.

(i) Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.


Sebarang pertanyaan sila emailkan ke darussyifa.malaysia@gmail.com atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Hisham (012-2398573) atau Ustaz Jufry (019-3634124) dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja.

http://www.darussyifa.org/Borang/BorangPermohonanDarussyifaPusat2013_Iss1.pdf
www.darussyifa.org



"Doakan saya dapat mempelajari ilmu Perubatan Islam. Mohon dipermudahkan urusan"





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JANGAN BERCAKAP TAKBUR...ILMU DI ISI UNTUK MENDIDIK JIWA MANUSIA..ALLAH TURUNKAN AL QURAN UNTUK SEMUA INSAN ..DARUL SYIFA JUGA UNTUK SEMUA YANG MAHU MENDALAMI ILMU...JGN EKLUSIFKAN ISLAM DAN JGN EKLUSIFKAN DARUL SYIFA SAMPAI ORANG RASA SUSAH NAK DEKAT DIRI DENGAN ILMU.

Unknown berkata...

Astaghfirullah.. mintak jauh drpd sifat takabur.. ape yg dimaksudkn oleh sdara tntang esklusifkn ilmu?
mohon pencerahan yg lebih jelas...
minta maaf skiranya ada kesalahan..

Tanpa Nama berkata...

Prkongsian yg bgs..Thniah dn slmt maju jaya adik..doakn akak dpt bljar kt darul syifa jgk thn depan yer..sma2la merebut pluang yg ada krna ilmu akhirat adalah segala2nya dn bkaln 'd sna'..

Tanpa Nama berkata...

Ass'salam.. Alhamdulillah akak diterima pd temuduga 30 nov lepas..insyaAllah tk de aral akn mnjadi pelajar kump ke-26..salah satu sebab terdorong menjadi pelajar adalah selepas suami diijazahkn dlm kump ke-24..just perkongsian n tiada niat lain..wassalam

KHALIFAH ALLAH berkata...

Kenapa tetiba pengkomen di atas tu cakap ' jgn takbur' ??? Kat mana unsur2 takburnya tak paham betul lah....lain kali.baca dulu betul2 sblm bagi komen

Tanpa Nama berkata...

Ayat "ilmu ini hanya untuk orang yang terpilih sahaja" kot. Tu yang orang atas tu tegoq tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...