Halaman

Isnin, 16 Mac 2015

Percaya Kepada Ketua Kamu

Apabila kamu semua telah bersepakat memilih seorang ketua, maka letak sepenuh kepercayaan kepadanya. Dia yang berada di atas lebih mengetahui kelebihan, kekuatan & kelompangan yang berlaku dalam organisasi tersebut. Dia yang mengetahui ancaman yang dihadapi oleh organisasi.

Kenapa?

Kerana dia (ketua) yang akan menjadi tumpuan dan sasaran utama apabila ada perkaitan dan urusan dengan organisasi tersebut.

Kenapa tak maklum sahaja kepada kami (ahli organisasi) apa yang berlaku?

Mungkin kerana janji.
Mungkin kerana rahsia yang tidak boleh di kongsi.
Mungkin kerana aib seseorang atau sesuatu organisasi.

Mahu kah kamu ber'ketua'kan seorang yang tak berpegang kepada janji?
Ketua yang tak berakhlak mulia dengan menceritakan keaiban seseorang atau sesuatu organisasi?
Ketua yang tak mampu menyimpan rahsia?

Mana ciri-ciri pemimpin yang kamu sebut sebagai Al-Amin (amanah)?

Apabila dia sedang mempraktikkan Al-Amin, kamu kutuk dia, kamu keji dia.

Jadi, apa lagi yang kamu mahu?

Berikanlah kepercayaan kepada dia, bantu lah dia.

Salahkah kami bertanya dan mengkritik?
Itu hak kami.

Tak pernah salah untuk bertanya, menegur dan mengkritik, cuma berikan teguran yang membantu. Bukan teguran yang membantut.

Ingin bersama apabila senang & mendapat kemasyhuran. Mengambil sikap berkecuali apabila organisasi atau ketua tersebut dalam kesusahan.

Sikap ini melemahkan sesuatu organisasi.

Apa guna kamu berada dalam sesuatu organisasi tetapi suka bertindak sendiri.

Hari ini, kenapa kamu memilih untuk berada di dalam sesuatu organisasi berbanding bergerak sendiri?

Kerana kita yakin bergerak secara berjemaah itu lebih kuat impaknya, peratusan dan keberkesanan dalam mencapai sesuatu matlamat secara berjemaah itu lebih tinggi berbanding seorang diri.

Kita bersatu kerana satu matlamat yang sama, kenapa harus berpecah hanya kerana sikap ego sesama kita?

Maka bersabarlah.
Letakkan sepenuh keyakinan kepada ketua kamu selagi mana dia tak mengkhianati amanah dan melanggari syariat.

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

(As-Sajdah : 24)

2 elemen ini penting dalam gerak kerja organisasi iaitu Sabar & Yakin.
Maka, praktikkannya. Mulakan dengan diri kamu.

#HarusBisa

Isnin, 9 Mac 2015

Usrah terakhir bersama Ustaz Dato' Abu Bakar Chik

Malam ini, saya buka semula nota usrah bersama Ustaz Dato' Abu Bakar Chik. Usrah terakhir bersama beliau sebelum beliau meninggal dunia keesokan paginya akibat kemalangan.

Antara pesanan allahyarham Ustaz ABC,

"Saya bukan bercakap pasal orang lain, saya cerita pasal peranan tuan-tuan.

Contoh: ekonomi. Kita ada ramai pakar ekonomi, tetapi mana perancangan ekonomi untuk ummah?

Ramai yang pandai bercakap & post di dalam facebook, tapi mana gerak kerja ekonomi?"


Termuhasabah seketika. Benar, hari ini kita banyak memberi pandangan dan idea. Siapa yang ingin melaksanakannya?

Pesan seorang saudara, "Walk the talk akhi".. Maksudnya kamu sendiri buat apa yang kamu cakap, apa yang kamu cadang. Itu yang terbaik sebenarnya.

Nukilan Al-Faqir ilallah Pengaman Sanubari.
1.24 am, 9 Mac.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...