Halaman

Ahad, 14 Jun 2015

International Youth Daie Convention (i-YDC) 2015

Coming Soon..

Konvensyen Pendakwah Muda Antarabangsa
International Youth Daie Convention
الندوة العالمية لدعاة الشباب

20-24 August 2015
Universiti Sains Islam Malaysia

Salah satu platform kepada belia-belia Islam dunia untuk berkongsi idea dan saling bertukar pandangan. Semoga penganjuran konvensyen bersifat antarabangsa ini berjalan dengan lancar. Sebarkan kepada semua rakan anda.

‪#‎iYDC2015




Konvensyen ini merupakan suatu inisiatif Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Universiti Sains Islam Malaysia sesi akademik 2014/2015 yang dijangka akan melibatkan semua mahasiswa/i dari seluruh pelosok dunia serta seluruh IPTA dan IPTS di semenanjung Malaysia.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi gambaran dan maklumat berkaitan  isu, cabaran dan realiti sebenar keadaan masyarakat serta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda serta membina kepimpinan mahasiswa yang berilmu, berdedikasi dan bertaqwa sebagai pelapis kepada kepimpinan negara masa hadapan.

Konvensyen seumpama ini dilihat sebagai satu platform kepada belia-belia Islam dunia untuk berkongsi idea dan  saling bertukar pandangan. Konvensyen bersifat Antarabangsa ini menjadi tempat kepada mereka memantapkan kefahaman mereka terhadap dunia Islam terhadap mereka dan peranan mereka sendiri dalam dakwah Islam. 

Konvensyen yang sangat baik ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan kefahaman yang sangat berguna dalam  pelbagai aspek pengetahuan sama ada dari sudut peranan dan cabaran mereka sebagai pendakwah mahupun cabaran terhadap Islam itu sendiri. 

Peserta konvensyen ini akan menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh para ilmuan yang profesional dalam pelbagai bidang seterusnya membawa kepada impak yang sangat positif.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

2 ulasan:

24support berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
24support berkata...

Binance showing delay in deposit time
Are you a Binance user? Do you face delay while depositing in Binance? To deal with the deposit time errors, you can dial 24*7 Binance support number 1800-665-6722 and get all your issues vanished in split seconds with precision. The experts are always near to assist you if you don’t know how to trade with the faults and address the latest solutions so that users can comfortably seize it. So, contact the A-rated specialists as per your requirements and necessities. Visit:- http://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...