Group members:
Syah Fahmi,
Sharifah Nur Samihah,
Ainul Mardhiah,
Waznatol Widad
GROUP MEMBERS:
WALIUDDIN
MUAZ
NAJAH NADIAH
WAN NUR NADIRAH
Logo Darus Syifa' |
Saudara Muizzudin berada di bahagian kanan |
Definisi | Menahan diri daripada makan dan minum termasuk perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sidik sehingga tenggelam matahari. |
Kategori Puasa | Ø Puasa Fardhu/Wajib - Bulan Ramadan, Puasa Qada' dan Nazar. Ø Puasa Sunat - Puasa enam (Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri), puasa pada hari-hari yang ditetapkan seperti Khamis dan Isnin. Ø Puasa hari 9-10 bulan Muharram Ø Puasa pada hari "aman" - 13/14/15 setiap bulan kecuali Zulhijjah. Ø Puasa pada hari Nisfu Syaa'ban - sebagai latihan "pra-Ramadan" |
Syarat Wajib | Islam, Baligh, Mumaiyyiz, Berkemampuan/kudrat (untuk berpuasa) |
Sah | Islam, mumaiyyiz, suci (haid/nifas), nawaitu, tiada makan dan minum, hari yang diharuskan puasa |
Rukun | Nawaitu (Puasa Wajib), tidak makan dan minum serta melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula fajar sidik hingga tenggelam matahari |
Sunat | menyegerakan berbuka, melewatkan sahur, membaca Al-Qur'an, berbuka secara "ringan" dan tidak terlalu "berat", tidak bercakap perkara yang tidak berfaedah, ibadat sunat termasuk solat tarawih |
Batal | Keluar air mani (sengaja – siang hari) bersetubuh (siang hari), mabuk, tidak sedarkan diri, bersalin, muntah dengan sengaja, memasukkan sesuatu kedalam rongga badan, murtad, haid/nifas, makan/minum, dll. |
Harus Berbuka | sakit yang memudaratkan/tiada harapan sembuh, uzur (orang tua), mengandung/menyusukan anak, musafir dll. |
Wajib Qada | Musafir, sakit mudarat, haid/nifas/bersalin, mengandung/menyusukan anak (bimbang akan kesihatan diri ibu berkenaan), bekerja berat (seperti ditengah panas terik dan mengangkut beban-beban berat dll seumpamanya) |
Wajib Fidyah | Sakit tiada harapan sembuh, bekerja berat, uzur |
Wajib Qada/Fidyah | Mengandung/menyusukan anak, lewat qada puasa sehingga Ramadan berikutnya. |
Wajib Qada/Kifarah | Berjimak (suami-isteri) pada siang hari (Ramadan) |
Definisi - Kifarah | Dam/denda bagi lelaki bersetubuh pada siang hari. Wajib qada/kifarah menerusi - kemerdekaan hamba atau berpuasa 2 bulan berturut-turut atau memberi makanan 60 fakir miskin |
Definisi - Fidyah | Secupak makanan kepada fakir miskin untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. |
Definisi - Qada | Menggantikan puasa apabila terbatal diatas yang diharuskan (berbuka) oleh syarak. |
Perkara Dimaafkan/Makruh | 1. Menggosok/bersugi - namun makruh selepas gelincir matahari. 2. Menyejukkan badan dengan air (spt. Mandi) ketika pans 3. Memamah makanan untuk kanak-kanak kecil dengan syarat tidak ditelan. 4. Makruh memakai bau-bauan 5. Masuk sesuatu kedalam perut melalui air liur tanpa disedari. 6. Termakan dengan tidak sengaja 7. Bangun pagi dalam keadaan junub 8. Bermimpi jima' (ihtilam) dan keluar mani pada siang hari tidak membatalkan puasa (akan tetapi…jika berkhayal syawat sehingga keluar air mani maka batallah puasanya) 9. Makruh mengecap makanan dengan lidah tetapi tidak ditelan. |
Hikmah | Meninggikan taqwa, sihat tubuh badan - penghadaman, mengurangkan penyakit kronik, melatih sifat belas kasihan terhadap golongan miskin, menghancurkan hawa nafsu jahat termasuk syahwat, menghancurkan mazmumah - penyakit hati - spt. Sangka buruk, mengata, mengumpat dll. |
Nota | Ø Menelan air liur bersih yang tidak bercampur dengan benda lain tidak membatalkan puasa - tidak juga disarankan meludah merata-rata. Ø Menyuntik ubat ke dalam badan tidak membatalkan puasa kecuali - berbentuk vitamin/makanan - atau cara suntikan yang menolak/menarik (bagi mencampurkan ubat/darah) - pendapat umum jumhur ulama - batal puasanya. Ø Menderma darah - pendapat umum jumhur ulama - batal puasanya. Ø Berjunub atau perempuan habis haid/nifas waktu malam boleh berpuasa - walaupun melewatkan mengangkat hadas/mandi junub/mandi wajib sehingga terbit matahari. Ø Berbuka puasa dengan sengaja tanpa keuzuran adalah haram. Ø Mengata, mengumpat, mengadu-domba, memaki, zina pancaindera termasuk mata, berkhayal yang boleh menimbulkan syahwat dll mampu menghilangkan segala pahala puasa - kecuali lapar dan dahaga. Ø Berbuka puasa dengan secara "berlebih-lebihan" akan menghilangkan hikmat puasa yang sebenar malah ibarat pada siang hari, kita membungkam nafsu, apabila tiba waktu berbuka, kita merajakan nafsu kembali. Sepatutnya kita lebih banyak mensyukuri rezeki dan menghayati maksud puasa yang sebenar. Ø Jumhur ulama berpendapat bahawa merokok (menyedut dan menghembus asap) membatalkan puasa! |