Halaman

Ahad, 8 Januari 2012

Ya Allah.. Payahnya beristiqamah..;-(

Ya Allah...

Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah dalam turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.




Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.

Aku cemburu dengan sahabat-sahabat apabila mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.

Aku cemburu dengan sahabat-sahabat apabila mereka mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.

Aku merasa cemburu dengan sahabat-sahabat apabila mereka dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.


Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.


Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).

Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.


Hadis nabi:


عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ وَفِي حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ رواه مسلم
“Aku berkata, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Beliau bersabda, “Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang).” (HR Muslim dari Sufyan bin Abdullah)


                Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Kadang-kadang terasa kaslan (malas), kadang-kadang terasa nak menangguh, terkadang masa tak mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah. Namun jangan pula diambil mafhum ayat diatas dengan mengatakan “aku nak pilih amalan yang sedikit je la, lagi senang kan (n_n).” Sila betulkan kefahaman kita ya ikhwan, apa yang penulis hendak katakan di sini ialah selagi mana kita mampu beramal dan beristiqamah dengan amalan kita, teruskan ya ikhwan! Kalau kita mampu lagi untuk menambahkan amalan kita dan dapat beristiqamah dengan amalan lama, tafadhal ya ikhwan. Itu lah seelok-eloknya.

Ingat Ya Ikhwan!
Manusia yang bodoh ialah manusia yang hari ini sama dengan hari semalam manakala manusia yang pandai dan berjaya ialah manusia yang hari ini lebih baik dan ada peningkatan daripada hari semalam.


Teringatkan kata-kata kawan penulis ,
“payah ke istiqamah fiq? Tengok aku, istiqamah je main game FIFA/PES. hahaha” 


I just smile without say nothing and thinking that he just joking with me. But it make me realise that it mean something to me. Maybe Allah want to tell me something. if we want to maintain and istiqamah to do something, we must interested in doing it. In other word, kena ada minat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin ulama’ istiqamah dalam beribadat kepada Allah kerana mereka dapat merasakan kekusyukan dan kemanisan dalam beribadat kepada yang Maha Esa. Kita??  Ya Allah, jauhnya darjat ku ni berbanding dengan mereka ini. Semoga aku dapat bersama dengan mereka beristiqamah dalam agama islam. Insyaallah!!!

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(QS 11:112)




Terjumpa 2 cerita yang boleh dijadikan pedoman untuk terus istiqamah.


Barsisa yang Tidak Konsisten

Barsisa adalah ahli ibadah terkenal pada zaman Bani Israel. Mengikut sahabat Abdullah bin Abbas, “Barsisa sudah beribadah kepada Allah selama tujuh puluh tahun. Untuk menyesatkan Barsisa, Iblis mengutus syaitan yang menyamar sebagai seorang ahli ibadah, untuk mendampingi Barsisa.


Kesungguhan dan ketekunan syaitan ini amat mengagumkan Barsisa dan sebelum berpisah, syaitan mengajar Barsisa satu doa yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Sejak hari itu, Barsisa menjadi terkenal kerana kemampuannya mengubati segala penyakit sehingga pada suatu hari, syaitan telah merasuk seorang wanita yang amat jelita dan wanita itu akhirnya terpaksa dirawat oleh Barsisa. Beliau terpegun melihat kejelitaan wanita itu, dan ketika itulah syaitan memujuk Barsisa untuk melakukan zina. Lebih dari itu, syaitan menasihati Barsisa bahawa pintu taubat sentiasa terbuka dan jika beliau berzina beliau boleh terus bertaubat selepas itu.

Pujukan ini mempengaruhi jiwa Barsisa lantas beliau akhirnya melakukan zina sehingga wanita itu mengandung. Syaitan kemudiannya datang menemui Barsisa dan berkata, ‘Celaka kamu. Jika perkara ini dibiarkan, kamu akan mendapat malu. Aku mencadangkan agar kamu membunuh wanita itu, kemudian kamu bertaubat kepada Allah. Jika keluarganya bertanya tentangnya, katakan, syaitannya telah merasuknya dan dia telah melarikan diri.’

Wanita itu pun dibunuh oleh Barsisa. Syaitan begitu bergembira dan terus menemui Barsisa dengan cadangan agar wanita itu ditanam di tepi bukit. Tidak berapa lama selepas itu, keluarga wanita itu telah datang untuk menziarahinya dan mereka berasa amat terkejut selepas diberitahu wanita itu telah dirasuk syaitan dan melarikan diri ke dalam hutan. Syaitan terus memainkan peranannya dengan menjelmakan dirinya di dalam mimpi saudara-saudara wanita dan menceritakan kepada mereka tentang perbuatan Barsisa dan menunjukkan kepada mereka tempat saudara perempuan mereka ditanam. Akhirnya mayat wanita itu ditemui dan Barsisa telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Sebelum hukuman dijalankan, syaitan datang sekali lagi kepada Barsisa dan berkata, ‘Tidakkah kamu mengenali aku. Akulah ahli ibadah yang telah mendampingimu sebelum ini. Perbuatanmu amat ter-kutuk dan kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri melainkan jika kamu mematuhi arahanku yang terakhir, iaitu, sujud kepadaku.’ Barsisa terus sujud kepada syaitan maka matilah dia di dalam kekufuran.” Kisah ini dinukilkan di dalam Makaidu as-Syaitan oleh Taha Abdullah Afifi.

Kita sering kali gagal untuk terus istiqamah kerana pujuk rayu syaitan yang menggiurkan. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 48 Tuhan menyatakan, “Dan ketika syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata, 'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu.'”



Abu Talhah yang Konsisten

Abu Talhah amat konsisten dengan perjuangan Islam. Beliau sentiasa bersedia untuk berjuang walaupun umur beliau sudah lanjut. Pada suatu masa, pada saat beliau sedang sakit, datanglah panggilan jihad. Beliau meminta anak-anaknya mempersiapkan dirinya supaya beliau dapat keluar berjihad. Walau bagaimanapun, hasrat beliau ditentang oleh anak-anaknya.


Beliau pun membaca ayat 41 dalam surah at-Taubah yang bermaksud, “Berangkatlah kamu berjuang dalam keadaan ringan ataupun berat,” dan beliau tetap berkeras untuk keluar berjuang. Anak-anaknya berkata, “(Ayah) telah berjuang pada zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dan sekarang giliran kami pula untuk keluar berjuang.” Akhirnya beliau diizinkan untuk belayar bersama-sama dengan tentera-tentera Islam untuk berperang.

Di tengah perjalanan, beliau meninggal dunia dan mayatnya hanya sempat ditanam sembilan hari selepas itu, apabila kawasan darat ditemui. Namun yang anehnya, keadaan tubuh jasadnya tidak berubah sedikit pun semasa dikafani dan disimpan. Kisah ini disebutkan di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Kesungguhan Abu Talhah dan istiqamahnya beliau dengan perjuangan Islam sepatutnya dicontohi oleh umat Islam pada hari ini.




               Last sekali, perkara yang manusia mudah tergelincir/mutasaqitun, Ya Allah, istiqamahkanlah aku dalam memperjuangkan agama-Mu ya Allah. Wallahua’lam….

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Afiq,
Kak ain cemburu dgn kamu yg masih belajar lag..
Punya byk ms utk melakukan mcm2 including berblogging...
Pesan kak ain, moga waktu ini menjadi ms terbaik utk kamu melakukan training utk terus beristiqamah..
Supaya nnt di alam pekerjaan, kamu tidak mudah tergelincir...

~bittaufiq wal istiqamah~ --->> betulke ayat kak ain tuh?heeee

Ainies88

Tanpa Nama berkata...

istiqamah lbeh bernilai/brharga dri 1000 karamah....mabruk ya afiq

Unknown berkata...

syukran kak ain.. insyaallah.. ni tak bernilai sehabuk pun berbanding dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yang dapat membuka kota Kostantinopel ketika berumur 20 tahun.. tapi afiq??
entah berada di mana..=(

Cahaya Purnama berkata...

assalammualaikum ya akhi.... alhamdulilah... akhi memberi dakwah melalui blog.. jarang ada lelaki yng berbuat demikian... wlaupun akhi tdk mampu membuka kota kostantinopel seperti Sultan Muhammad Al-Fateh namun akhi mampu membuka dan menyentuh hati para pembaca blogging... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...