Insaflah....
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan
diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat
dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan
kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki
mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari
suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab
bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak
melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak
beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam
cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri
tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada
haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak
solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum
wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita
yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap,
“Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di
atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin
bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w
dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia
ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang
mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan
terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi
laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan
itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan
jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke
lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan
tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar
pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun
akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu
wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa
awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang
kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada
lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan
apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada
isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak
secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap
kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah…
itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak
15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa
melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya,
ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak
nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka
ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga?
Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak
sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu
lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang
wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang
mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang
lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai
kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan
diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu
pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan
ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki
berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan
agamamu, nescaya syurga menanti...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan