Alhamdulillah, satu cadangan yang baik apabila HARI KEKASIH ditukarkan kepada HARI SUAMI ISTERI. Hebat, Mantap, Terbaik!!!!... Masalah maksiat, penzinaan, couple dapat dicegah.. Bayangkan, kita nak elakkan supaya pemuda-pemudi kita jauhi zina dan couple tetapi kita anjurkan Valentine's Day.. hmmm, tak logik, tak logik.. Syarat menjadi seorang pemimpin ialah sihat akal fikirannya (tak gila, hehe)
Antara contoh terbaik yang dapat kita ambil sebagai pedoman hidup kita..
~peace no war (n_n)
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan sekuntum mawar merah tanda cinta yang tidak pernah pudar walaupun bahtera perhakwinan bersama diharungi 50 tahun lalu. Tuan Guru menghadiahkan mawar berkenaan pada majlis Hari Suami Isteri 2012 yang diadakan di Balai Islam, Lundang, Khamis lalu(9/2/2012).
Sekali lagi saya ingin berpesan kepada sahabat dan sahabiah di luar sana, jangan gunakan "Valentine's Day" sebagai tiket untuk melakukan maksiat kepada Allah. Ingat!! kita penentu masa hadapan negara. andai kamu ingin melihat kepada masa depan sesuatu negara, lihatlah kepada pemuda-pemudi mereka.
Pesanan penulis kepada pemudi, jangan gadaikan maruah kamu untuk "sehari yang langsung tak memberi makna".. jagalah maruah kamu untuk suami yang tercinta.. saya hadiahkan lagu nasyid ini kepada muslimah.. dengar dan hayatinya..
Tambahan sikit lagi, asal usul dan hukum menyambut Hari Valentine oleh UAI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan