Halaman

Khamis, 23 Februari 2012

Rakyat Afghanistan bangkit memperjuangkan Al-Quranul Karim

 Tindakan tentera Amerika Syarikat  memBAKAR Al-Quran yang diambil daripada rak sebuah perpustakaan pusat tahanan bersebelahan dengan pangkalan besar askarnya di timur Afghanistan membangkitkan kemarahan ummat islam sejagat terutamanya rakyat Afghanistan.

Rakyat Afganistan yang berkumpul di beberapa tempat antaranya Pangkalan tentera udara Bagram (satu daripada Pangkalan Amerika Syarikat yang terbesar di Afghanistan) dan Jalalabad bangkit mempertahankan Al-Quran, kitab suci ummat Islam dari dihina dan terus dibakar.

Bangkitlah wahai ikhwan wal akhawat!!! Jangan gentar untuk memperjuangkan hak ummat Islam.. Rakyat Mesir memperjuangkannya, Yaman memperjuangkannya, Syria memperjuangkannya.. KITA???

Cukuplah mengatakan "tunggu", "sabar".. akhirnya tiada tindakan yang diambil.. dimana kekuatan ummat islam?
Penulis sudah lali dengan ayat "jangan buat apa-apa lagi, nanti orang kata ummat islam itu TERRORIST, PENGGANAS".. Kita bukan hendak melakukan keganasan tetapi kita nak memperjuangkan hak kita sebagai ummat islam. ini bukan perjuangan budaya tetapi perjuangan Agama. ini tanggungjawab kita!

Perkara yang sama berlaku apabila Paderi Terry Jones yang mengadakan Hari Menghakimi Al-Quran Sedunia. Akhir sekali, paderi terry jones menjatuhkan hukuman bersalah kepada Al-Quran dan membakar Al-Quran.. lihat link di sini.. Tiada tindakan yang diambil!!.. adakah kita nak mengulangi perkara yang sama? fikirkanlah ya ikhwan!!


Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." 
(Surah al-Baqarah ayat 120). 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani bukan sekadar memendamkan perasaan tidak rela kepada umat Islam di dalam hati-hati mereka, bahkan melakukan usaha-usaha untuk memadamkan agama Allah Taala dan menghancurkan umat Islam dengan melancarkan permusuhan ke atas umat Islam. 


Al-Quran kita dihina, dibakar, itu merupakan penghinaan yang amat besar bagi ummat Islam. Rasulullah mewariskan kepada kita Al-Quran untuk dijadikan panduan namun apa yang kita lakukan pada hari ini..

Maka, Bangunlah para mujahidin dan mujahidat!!! Jangan takut, jangan gentar. Panglima Zaid bin Harithah ketika berjihad di peperangan Tabuk berkata "Adakah kita menolak apabila Allah membuka pintu Syurga untuk kita?" Akhirnya beliau mati syahid dalam perang Tabuk. Itulah semangat cintakan akhirat yang ada pada ummat islam terdahulu.

Sama-sama kita ikuti mereka yang memperjuangkan islam..

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)




Kebiadapan tentera Amerika Syarikat membakar Al-Quran membuktikan mereka tidak sedar dengan siapa mereka berdepan., mereka bukan sahaja bakal menempuh kesatuan utuh umat Islam, bahkan lebih daripada itu berdepan dengan Kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung..!


-GAMIS KUTUK TINDAKAN PEMBAKARAN AL-QURAN-
Panggilan buat Seluruh Jiwa umat Islam untuk bersama-sama menyatakan kebencian sekeras-kerasnya terhadap Tindakan Biadap tentera Amerika Syarikat yang membakar Al-Quran ..!

- Selepas Solat Jumaat (solat di Masjid Tabung Haji)
- 24 Feb 2012 (ESOK)
- Penyerahan Memorandum di Kedutaan Amerika.

Mahasiswa, Anak Muda, umat Islam di setiap peringkat serta mereka yang melafazkan Kalimah Syahadah, ayuh kita turun beramai2..!

~GAMIS, Inspirasi Anak Muda~

1 ulasan:

Unknown berkata...

http://pengamansanubari.blogspot.com/p/akhir-zaman-al-quran-di-bakar.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...