- berita suatu ketika dahulu -
WILL HE ONE DAY LEAD MALAYSIA
?
Kuala Terengganu: Asiaweek, majalah mingguan yang diterbitkan di Hong Kong dan tersebar luas di seluruh dunia khususnya di Asia telah memberikan publisiti besar kepada Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pelaksanaan dasar Islam yang diperjuangkannya.
Publisiti besar seperti itu hampir tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Terengganu sebelum ini.
Sekalipun publisiti ada positf dan negatifnya, seperti hukum potong tangan bagi pencuri dalam hukum hudud, tetapi sebaran itu secara tidak langsung menyampaikan mesej dakwah Islamiyyah ke peringkat antarabangsa.
Asiaweek dalam keluarannya 16 Jun, 2000 telah menyarankan kemungkinan Menteri Besar Terengganu itu menggantikan pimpinan negara dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang sekiranya perubahan politik berlaku di Malaysia.
Asiweek telah memberikan penghormatan menyiarkan gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai hiasan muka depan dengan tajuk `Mungkinkah beliau memimpin Malaysia satu hari nanti ? dan menjadikan parti serta kumpulan yang sama dipimpinnya sebagai rencana utama dalam keluaran itu.
Majalah itu telah mengulas tentang muktamar parti Tuan Guru di sini awal bulan Jun lalu dan menyorot juga langkah dan tindakan yang dijalankan oleh kerajaan pimpinannya selama enam bulan yang genap pada waktu muktamar itu diadakan.
Langkah-langkah yang diambil, yang dirasakan oleh Asiaweek dapat memartabatkan Islam seperti menghadkan premis menjual arak dari berpuluh-puluh sebelumnya kepada lapan (yang baru diluluskan cuma tiga) saja, menutup terus kedai judi dan mengarahkan pekerja wanita se semua sektor berpakaian sempurna. Ini termasuk mencegah kedai gunting uniseks, memperkenalkan pinjaman rumah dan kenderaan bagi kakitangan kerajaan tanpa bunga, cadangan memperkenalkan hukum hudud.
Ia dikira sebagai asas untuk dakwaan bahawa Menteri Besar Terengganu sekarang layak menjadi pilihan utama bagi mengambil alih pimpinan negara kiranya parti yang di pimpinnya sama berkuasa.
Antara lima hingga sepuluh tahun akan datang beliau dikira akan menjadi lebih penting. Majalah itu mengambil kira pandangan penganalisis, diplomat dan orang-orang keluar masuk ke negara ini.
Antarabangsa
Asiaweek dipercayai tidak memperkecilkan lain-lain pemimpin, tetapi mengambil kira sepuluh tahun akan datang Tuan Guru berusia 63 tahun manakala Dato' Fadzil Noor dan Dato' Nik Abdul Aziz bik Nikmat berusia 73 tahun ke aras.
Antara langkah yang disarankan oleh majalah antarabangsa itu bahawa kerajaan baru Terengganu mulai memartabatkan Islam ialah tindakan mencegah kemungkaran.
Apabila ia memenangi pilihan raya tujuh bulan lalu ia segera mengambil tindakan yang dikira dapat menjiwai penghayatan Islam.
Ia menyebut tentang mengkuotakan lapan lesen kedai arak saja dibenarkan di seluruh Terengganu (kini tiga sahaja) sedang dalam kerajaan dulu 41 lesen kedai dam pemborong.
Ia juga memberi kredit kepada kerajaan dulu yang cuba menutup kedai judi, tetapi apabila kerajaan baru mengambil alih, ia menutup terus baki enam kedai lagi menjadikan Terengganu negeri bebas judi.
Dalam bulan Mac lalu pegawai kerajaan mengumumkan pekerja wanita dik sektor awam dan swasta dikehendakki bertudung.
Berikunya setiap pekerja wanita di hotel dan lain bertudung belaka dan hotel dan chalet tidak lagi menjual arak.
Dalam bulan April, Majlis Petbandaran Kuala Terengganu pula mengumumkan larangan kedai gunting uniseks - tukang gunting perempuan tidak boleh lagi menggunting rambut pelanggan lelaki.
Terengganu juga mencegah karaoke, kerana hiburan seperti itu merosak akhlak, Asiaweek memetik kata Haji Abdul Hadi.
Kini Terengganu bercadang mengadakan kaunter dan lorong berasingan laki-laki dan perempuan di pusat beli belah.
Terengganu juga bercadang untuk memperkenal hudud. Dan yang paling ketara sekarang ialah ia memperkenalkan pinjaman membeli komputer dan kenderaan tanpa bunga bagi kakitangan kerajaan.
Ia juga menyebut bagaimana Terengganu dan Kelantan cuba menjadikan pentadbirannya sebagai contoh kepada pihak lain tentang pelaksanaan pentadbiran yang berasaskan Islam.
Bagaimapun ia tidak menyebut tentang pembelian rumah dari kerajaan tanpa riba.
sumber : http://www.tranungkite.net/lama/berita7/mbtrg.htm
Bakal Perdana Menteri Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan