Terjumpa teks ucapan sewaktu diminta untuk memberi ucapan mewakili semua pelajar Tamhidi 2011/2012... =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sirih dari
Pulau Mutiara,
Sirih junjung
warisan bangsa,
Lafaz basmalah
pemanis kata,
Ucapan salam
pembuka bicara,
Assalamualaikum
w.b.t..
Saya dari
tutor lapan
Tutor lapan
kts dua
Diminta untuk
bagi ucapan
Ucapan
mewakili tamhidi semua
Alhamdulillahirabbil ‘alamin…………..
Yang berbahagia,
Dr Nurlida Basir, Pengarah Tamhidi Universiti Sains Islam
Malaysia,
Profesor Jailani Sukaimi, Dekan Fakulti Sains &
Teknologi
Dr. Che Wan Zanariah
Yang Berusaha,
Pn Alifah bt. Hj Hamid, Penyelaras Program Perakaunan
merangkap Pengarah Program Malam Sekalung Budi & Anugerah Pengarah Pusat
Tamhidi
Dr. Salma Mat Radzi
Ustaz Sanusi bin Shariff (Penyelaras Program Syariah
& undang-undang)
Yang Berusaha,
Dif-dif Kehormat.
Barisan kakitangan Universiti
Kakitangan akademik Tamhidi
Siswa-siswi, sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..
Segala puji
bagi Allah tuhan sekalian alam ini, selawat & salam atas junjungan mulia
Rasulillah SAW & kpd ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, dan
muslimin muslimat yang dirahmati Allah
sekalian. Bersyukur kita kpd Allah S.W.T kerana kita dikurniakan dengan
pelbagai nikmat yang berharga dan tidak terkira bilangannya.
Pada malam
ini, berdirinya saya di sini, mewakili semua mahasiswa tamhidi untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Pentadbiran pusat tamhidi & pensyarah-pensyarah
kerana menyediakan prasarana & medium pembelajaran yang terbaik buat kami,
mahasiswa tamhidi. Kami tidak akan lupa jasa-jasa pensyarah yang sanggup
bersusah payah dalam mengajar kami dan melayan 1001 kerenah kami selama 2
semester ini. Antara kerenah-kerenah mahasiswa tamhidi, selalu berjumpa atau menghubungi pensyarah untuk menukar masa kuliah atau tutorial. Sebab apa? Jawapan
ada pada sahabat-sahabat sekalian.
Muslimin dan
Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Kesempatan yang ada ini juga, kami, mahasiswa tamhidi ingin menyusun jari
sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh 2 semester berada di alam
pengajian Tamhidi ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami
lakukan. Andai kata ada tersalah kata tersilap laku, harap dimaafkan. Segala
teguran dan nasihat dari Dr. Nurlida dan
pensyarah-pensyarah pasti akan kami sematkan di dada. Di sini kami ingin memohon restu dan doa Dr.
Nurlida dan pensyarah-pensyarah agar mendoakan kami supaya dapat mengharungi
cabaran, mehnah & tribulasi pada masa hadapan. Kami masih lagi panjang
dalam mencoret corak perjalanan kehidupan kami.
Warga usim
yang dirahmati Allah sekalian,
Kami,
mahasiswa tamhidi mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah kerana menempatkan
kami di satu kampus yang cukup hebat dan berlainan daripada kampus-kampus yang
lain. Dengan suasananya, subjek pembelajarannya, dan yang paling kami tidak lupa, saat-saat kita
meluangkan masa bersama-sama.
Sahabat-sahabat Tamhidi, kita merupakan insan yang
terpilih kerana dapat memasuki ke Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia.
Memasuki Tamhidi usim bukannya perkara yang mudah. Antara syarat utama nak memasuki
tamhidi, sahabat-sahabat kena mengambil matapelajaran bahasa arab tinggi dalam
peperiksaan SPM.
Bagi saya, mereka yang mengambil bahasa arab yang
merupakan bahasa syurga, mereka mempunyai ciri-ciri islamik dan hebat
sahsiahnya. Dihadapan saya ini barisan imam-imam muda dan ustazah-ustazah
pilihan semuanya. Jadi, diluar sana, tunjukkan teladan yang baik kepada
masyarakat. Tunjukkan yang produk yang dikeluarkan oleh Tamhidi Usim merupakan
yang terbaik.
Sahabat-sahabat yang saya kasihi,
Ambillah mutiara-mutiara ilmu yang diberikan &
disampaikan oleh pensyarah-pensyarah kamu. Ia bukan sesuatu yang boleh dijumpai
dan dikutip di tepi jalan. Gunakan mutiara-mutiara ini sebagai panduan untuk
mencorak masa hadapan sahabat sekalian.
Selepas ini, masing-masing menuju ke bidang &
kepakaran masing-masing. Pelajar perubatan & pergigian berada di pandan
indah. Pelajar Syariah, perakaunan dan Sains teknologi ke fakulti masing-masing.
Mungkin sukar untuk kita berjumpa lagi pada masa hadapan kerana sahabat-sahabat
sibuk mencorak masa depan masing-masing. Namun jangan lupakan kami, ingatlah
kenangan-kenangan manis ketika berada bersama ahli tutorial kamu, bersama kawan
sekuliah kamu dan kawan yang pernah satu tamhidi dengan kamu.
Akhir kalam, saya ingin mengakhiri ucapan saya pada malam
ini dengan satu kata-kata yang dinukilkan oleh sahabat saya dalam bahasa
inggeris dan 2 buah pantun dua kerat.
Friendship is like a puzzle
Each friend u have is a piece
Some are on border, some close to the
centre
Each bring out a piece in us
That make us who we are
Who we are?
We are Tamhidians
Sudah tamat
sesi tamhidi
Ada jodoh kita jumpa lagi
gerak
dipakai suasa dibela,
gerak dah
sampai, masa dah tiba,
Akhir kalam,
sekian.
Wabillahitaufiqwalhidayah,
wassalamualaikum
wbt
MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN MAZLAN
PRESIDEN TAMHIDI 2011/2012
Ikrar pada minggu Orientasi
Tutorial 8
KTS 2
Ucapan Terakhir daripada Presiden Tamhidi 2011/2012
2 ulasan:
Curi buat Ucapan Pengerusi KK1 untuk MPS cantik jugak nih. :D
Haha.. Mana bleh.. Ni confidential.. Hak cipta terpelihara..(n_n)
Catat Ulasan