Halaman

Ahad, 19 Disember 2010

Asyura (10 Muharam)

       Nabi Muhammad SAW pergi ke Madinah bertemu dengan orang-orang yahudi yang berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya kepada mereka, kenapa mereka berpuasa pada hari Asyura? Mereka berkata."pada hari inilah Allah memenangkan nabi Musa dan Bani israel daripada Firaun. Maka kami berpuasa untuk menghormatinya.Kemudian Nabi Muhammad bersabda:
"Kami (agama Islam) lebih menghormati Nabi Musa as daripada kamu."

       Lalu nabi memerintahkan agar umat islam berpuasa pada hari itu.
Banyak peristiwa yang berlaku pada Hari Asyura dan antaranya ialah
  • taubat nabi Adam diterima pada hari Ayura. 
  • nabi Ibrahim dilahirkan pada hari itu. Dia diselamatkan dari api pada hari itu. 
  • Keselamatan nabi Musa dan orang-orang yang bersamanya ketika melarikan diri daripada Firaun & tenteranya
  • Tenggelamnya Firaun & orang-orang yang bersamanya
  • Nabi Isa dilahirkan & dinaikkan ke langit
  • Perahu nabi Nuh as mendarat di atas Bukit Judi
  • Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun
       Oleh sebab itu, puasa pada hari asyura dilakukan oleh umat-umat terdahulu. hingga dikatakan puasa itu diwajibkan sebelum diwajibkan puasa Ramadhan.

       Kemudian hukum wajib berpuasa pd hari asyura dinasakhkan(dimansuhkan) dan hukumnya ialah sunnat. tentang puasa pada hari 9 dan 11 Muharram juga disebut oleh Rasulullah SAW. Sabdanya:
"Berpuasalah sehari sebelumnya(hari asyura) dan sehari selepasnya. dan bezakan antara puasa yahudi(yang hanya puasa pada hari Asyura)."

       Al-Baihaqi meriwayatkan tentang tingkat iman: " Barangsiapa memberi makan kepada anak dan keluarganya pada hari Asyura, Allah akan melapangkannya di seluruh tahun." Dalam riwayat At-Tabrani," Sedekah satu dirham pada hari asyura itu sama dengan dilipatgandakan tujuh ratus dirham." Ini riwayat Mungkarah...

Sekian, Wassalam...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...