Halaman

Selasa, 21 Disember 2010

Hizbullah Sekat Tentera Israel


10,000 askar Zionis gagal tawan kubu pejuang

Tentera Hizbullah berjaya mematahkan serangan sengit oleh 7,000 askar Israel di lima medan pertempuran di selatan Lubnan, menurut sumber keselamatan Lubnan beberapa tahun lalu.

Mereka berkata, Israel menggunakan meriam untuk membedil beberapa kampung di sempadan ketika tentera darat yang didahului kereta kebal mara ke kubu pejuang Hizbullah.

Tentera Israel cuba tetapi gagal memasuki kampung Meis al-Jabal dan cuba sekali lagi menyerang kawasan itu dari selatan, kata polis Lubnan manakala kenyataan Hizbullah menyatakan, pejuangnya berjaya mematahkan serangan Zionis.

Televisyen Hizbullah, al-Manar melaporkan tentera Israel turut menyerang bandar Rmeish yang didiami penduduk Kristian tetapi berjaya dipertahankan pejuang Hizbullah.

Israel pula enggan mengulas mengenai kejayaan pasukan Islam itu selepas Hizbullah menyatakan ia berjaya membunuh tiga tentera Israel dan mencederakan 25 yang lain di kampung Aita al-Shaab sehari selepas itu.

Seorang jeneral Israel berkata, 10,000 askar Yahudi dikerah ke Lubnan namun gagal menawan kubu Hizbullah.

Sementara itu, Israel mendakwa komandonya berjaya menawan lima pejuang Hizbullah di bandar raya purba Baalbek semalam selepas ia menyerang sebuah hospital di bandar itu yang turut mengorbankan 19 orang awam, termasuk empat kanak-kanak.

Bagaimanapun, pejuang Hizbullah menafikan dakwaan tentera Israel itu dengan menegaskan, komando itu masih terperangkap dalam bangunan terbabit dan pertempuran sengit berlaku apabila tentera Israel menggunakan meriam dan jet untuk cuba membebaskan komando mereka.

Dalam serangan berasingan tentera Israel, tiga tentera Lubnan maut di selatan negara itu, kata sumber.

Hizbullah melancarkan serangan balas mempertahankan bumi Lubnan menggunakan mortar, roket antikereta kebal serta mesingan berat dan berjaya memusnahkan empat kereta kebal dan sebuah jentolak Israel di Aadaisseh.

Radio tentera melaporkan, 40 roket dilancarkan dalam tempoh sejam ke utara Israel termasuk di bandar Kiryat Shmona, Nahariya, Safed, Maalot, Carmiel dan Acre. Kawasan paling jauh dibedil adalah 70 kilometer dari sempadan Lubnan mengenai bandar Beit Shean.

Hakikatnya, Israel terlalu kejam dan tidak berperikemanusian. Sama-sama kita menghayati lagu ini. Lagu ini menunjukkan tentang luahan hati seorang manusia terutamanya rakyat palestin. Hayatilah.....





FAKTA
Kekuatan Israel, Lubnan dan Hizbullah

Israel memiliki 168,000 anggota tentera
Lubnan ada 72,100 anggota tentera
Hizbullah antara 700 hingga 7,000
Israel memiliki 3,630 kereta kebal
Lubnan mempunyai 310 kereta kebal
Hizbullah ada beberapa kereta kebal lama

Israel mempunyai 360,000 peluru berpandu
Lubnan tidak memiliki sebarang peluru berpandu
Hizbullah memiliki 10,000 hingga 15,000 roket

Israel memiliki 470 jet pejuang
Lubnan dan Hizbullah tiada
Israel memiliki 15 kapal perang, tiga kapal selam
Lubnan dan Hizbullah tiada



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...