Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :
1) Siapakah Bashar Assad yang sebenarnya?
Bashar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Bashar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4) Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)
Wallahu’alam…
Dipetik dari : http://hasnulhadiahmad.com/kanak-kanak-di-bunuh-kejam-oleh-rejim-bashar/
Seorang kanak-kanak perempuan dari Palestin, Roma menyampaikan ucapan kepada Basyar Al-Asad yang membunuh kawan-kawannya di Syria tanpa belas kasihan dalam satu himpunan di Palestin..Roma akhirnya menitiskan air mata. Sayu dan menyentuh perasaan..
Rasa-rasanya sanggupkah kita saban hari melihat kanak-kanak Syria dibunuh dengan kejam, muslimah Syria dirogol beramai-ramai dan beribu-ribu rakyat Syria diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanya iman.
Kanak-kanak kecil ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Bashar jika mereka mempunyai sifat perikemanusiaan. Tetapi Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Bashar.
Kanak-kanak lelaki ini kelihatannya sudah puas menangis, kering airmata untuk menangisi apa yang berlaku ke atas dirinya. Hanya tulisan yang tertera menerangkan perihalnya.."AKU ADALAH ANAK YATIM..HAFEZ (AL-ASAD) TELAH BUNUH DATUK AKU,BASYAR TELAH BUNUH AYAH AKU"..Kanak-kanak ini kehilangan datuknya dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Hama 1982 dan Basyar yang membunuh tahun 2011..Ya ALLAH, bantulah kanak-kanak ini..
Mari sama-sama kita baca doa ini setiap detik, setiap hari hingga Basyar dijatuhkan oleh ALLAH..Kita masih ada ALLAH sementara Basyar hanya bergantung kepada Russia, China dan Iran yang juga makhluk ALLAH..Harap baca dengan penuh yakin bahawa doa kita akan diperkenankan olehNya..
sehubungan itu, seramai 107 orang ulama' dunia telah bersetuju dengan satu kenyataan berkenaan isu yang berlaku di Syria sekarang. Antara kandungan kenyataan yang dipersetujui tersebut antaranya ialah ;
1) Umat Islam perlu mendokong perjuangan rakyat Syria yang mahukan kebebasan daripada Rejim Asad.
2) Menyeru agar Rakyat Syria bergabung dengan tentera Syria yang telah berpaling daripada Rejim Asad untuk membebaskan negara mereka.
3) Menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak dalam menangani isu ini. Antaranya ialah dengan mengusir kedutaan Syria di negara masing-masing dan memutuskan hubungan dengan negara yang menyokongnya terutamanya China dan Rusia.
Antara ulama' yang menandatangani kenyataan ini adalah Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Dr.Yusuf Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Syeikh Rasyid Ghannouchi (Ketua An-Nahdhah), Syeikh Abdul Majid Zindani, Syeikh Aid al-Qarni, Syeikh Salman Audah, Syeikh Muhammad Hassan dan ramai lagi.

Harap kita semua dapat menyokong dan membantu resolusi ini,,,
2 ulasan:
Jom sama-sama LIKE page "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria" di fb.. tanda sokongan kita kpd pejuang-pejuang islam di syria.. ALLAHUAKBAR!!
Jom sama-sama LIKE page "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria" di fb.. tanda sokongan kita kpd pejuang-pejuang islam di syria.. ALLAHUAKBAR!!
Catat Ulasan